Siakap Keli
Gambar: Mojahied

Tindakan Lelaki Beri Makanan Untuk ‘Homeless Cats’ Siap Dengan Nota Menyentuh Hati, Raih Pujian

Kalau sebut tentang kucing sudah tentu ramai yang akan rasa geli hati. Tetapi bagaimana pula dengan kucing-kucing jalanan?

Pernah tak kita terfikir bagaimana kucing-kucing jalanan ini makan. Kucing-kucing ini dah la tidak bertuan, perut kempis pula tu. Sesiapa sahaja yang melihatnya mesti berasa tak sampai hati.

Tak ketinggalan juga dengan seorang lelaki ini yang turut merasa kesian terhadap kucing-kucing jalanan atau kita panggil ‘homeless cats’ ini.

Menerusi perkongsian seorang warga Group Facebook Love Your Soul, Mojahied Mojahied, dia ada berkongsikan saat-saat di mana dia memberikan makanan kepada homeless cats ini.

Apa yang menariknya, dia dilihat telah menyediakan beberapa bungkus makanan kepada kucing-kucing jalanan ini.

“Mengagihkan makanan kepada kucing jalanan..” tulis kapsyen Mojahied.

Bukan sahaja makanan yang terdapat di dalam bungkusan itu, malah terdapat satu nota yang sangat menyentuh hati.

“Nikmati hidangan anda.” tulis nota di dalam bungkusan itu.

 

Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied
Kredit: Mojahied Mojahied

Rata-rata pengguna Facebook yang lain turut membanjiri ruangan komen selepas membaca perkongsian itu.

Kredit: Mojahied Mojahied

“Jiwa saya menjerit, ini merupakan perkara paling indah yang saya pernah tengok.” tulis seorang pengguna Facebook

Kredit: Mojahied Mojahied

“Anda sumber inspirasi saya, terima kasih.” tulis pengguna Facebook.

Kredit: Mojahied Mojahied

“Ini membuatkan saya ingin menangis.” tulis seorang warga Facebook yang lain.

Sumber: Mojahied Mojahied melalui FB Love Your Soul

" "