Pernah tak korang ternampak kalau kawan korang yang berbangsa Cina mesti akan gantung sesuatu di badan mereka. Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Ye lah, bentuknya seperti pen yang digantung.
Sebenarnya apa yang mereka gantung di badan itu adalah kalung yang menyimpan patung Tuhan ikut kepercayaan mereka. Mungkin bagi mereka, Tuhan itu dapat melindungi dan merahmati setiap perjalanan mereka ingin tuju.
Satu rakaman video di laman Tiktok, Ah Leong menjelaskan bahawa itu bukanlah pen tetapi bekas yang ada kaitan dengan kepercayaan agamanya.
Menerusi video ini, wanita ini terkelu dan tersimpul malu dengan persoalan warganet dan meminta orang ramai tidak mengecamnya selepas menjelaskan benda tersebut.
@ah_leonggg Reply to @endiy944 🤣macam pen kah
Sumber: Ah Leong