Dunia masa kini memerlukan kita untuk arif berkenaan dua fail ini iaitu PDF dan Word. Hal ini kerana banyak perkara yang menyebabkan kita mahu menukarkan fail PDF kepada Word untuk memudahkan kita menyunting kerja yang kita dapat.
Namun begitu, masih banyak yang belum mengetahui bagaimana cara untuk tukarkan fail PDF kepada Word.
Justeru itu, menerusi sebuah perkongsian video di platform TikTok @cikguhabib, dia menunjukkan cara untuk menukarkan fail PDF kepada Word dengan sepantas kilat.
“Mula-mula anda buka Word kemudian tarik fail PDF yang ingin anda tukarkan kepada Word kedalam dokumen Word yang sudah anda buka,” katanya di dalam video tersebut.
Setelah itu, anda akan memperolehi bahan yang di dalam fail PDF tersebut di dalam Word dengan pantas dan mudah. Anda tidak perlu lagi buka satu-satu fail.
@cikguhabib Convert file PDF ke Microsoft Word SEPANTAS KILAT⚡️ Follow for more tips!!! #BelajarDigital #TikTokGuru #mydigitalkkmm #JomBelajar #TahukahAnda



Sumber: @cikguhabib