Siakap Keli
Kredit : New York Post

Betul Ke Kalau Terjadi Bencana, Wanita & Kanak-kanak Akan Diselamatkan Dulu? Ini Sejarah Korang Kena Tahu

Bencana atau malapetaka yang berlaku di sesuatu kawasan pastinya akan melenyapkan ketenteraman di situ. Habis bangunan-bangunan dan kawasan kediaman ranap akibat kesan daripada kemusnahan yang melanda.

Namun, perasan tak kalau berlaku sahaja bencana, pastinya pihak berkuasa akan menyelamatkan dan memindahkan kaum wanita atau kanak-kanak terlebih dahulu? Apa sebabnya? Adakah ia berkait dengan satu ungkapan yang selalu disebut seperti ‘women and children comes first‘?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ketahui sebabnya.

Pertama kali ungkapan ‘wanita dan kanak-kanak didahulukan’ adalah dikaitkan dengan tenggelammnya HMS Birkenhead pada tahun 1852 dan dari filem Titanic.

Menerusi laporan The Guardian, pepatah tersebut adalah merujuk kepada mangsa Titanic yang terdiri daripada 74% daripada wanita di atas kapal telah diselamatkan, 52% lagi ialah kanak-kanak dan selebihnya adalah daripada lelaki.

Persoalannya, apakah ada peraturan yang mengawal prosedur tersebut dan siapakah yang mendapat keutamaan?

Menurut analisis yang dilakukan, peraturan mengenai prosedur pemindahan dan keselamatan maritim sudah ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa dalam Konvensyen Antarabangsa keselamatan Kehidupan di Laut (Solas).

Peraturan tersebut ditubuhkan pada tahun 1914 selepas tenggelammnya kapal Titanic dan dijadikan sebagai kod pertama prosedur keselamatan di laut.

Sebanyak 125% kapasiti bot penyelamat telah ditetapkan bagi mewujudkan lebihan yang secara teorinya dapat menghalang keperluan pencatuan prosedur pemindahan.

Panduan semasa tidak menetapkan dalam mengutamakan kumpulan penumpang sebalaiknya akan ada bot penyelamat yang disediakan untuk orang yang mengalami masalah pergerakan, seperti bayi atau kanak-kanak kecil.

Akan tetapi, golongan ini tidak diberikan keutamaan dalam proses pemindahan.

Ideanya adalah untuk membenarkan semua orang meninggalkan bot dengan selamat.

Ada beberapa pandangan yang dikemukakan dan salah soerangnya merupakan pengarah teknikal persekitaran dan operasi untuk Majlis Pelayaran Eropah, Robert Ashdown.

Beliau berkata tanggapan seperti ‘wanita dan kanak-kanak didahulukan’ sentiasa menjadi konvensyen tidak bertulis dan bukannya termaktub dalam undang-undang.

Ada juga yang menggambarkan bahawa ‘wanita dan kanak-kanak didahulukan’ adalah sebagai tanggapan ‘Hollywood’.

Sebenarnya, ia lebih dikaitkan dengan orang yang cenderung untuk berkelakuan baik jika berada dalam situasi supaya tidak dilabel sebagai mementingkan diri dan dapat menghulurkan bantuan.

Secara konklusinya, tiada langsung perkaitan dengan ungkapan ‘wanita dan kanak-kanak didahulukan’ dalam peraturan prosedur keselematan. Sebaliknya, ia hanya merujuk kepada kecenderungan orang untuk melakukan kebaikan dengan membantu orang yang lebih memerlukan.

Sumber : The Guardian

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.