Siakap Keli
Gambar: Google

Bukan Sebab Bodoh, Ini Fakta Sebenar Mengapa Orang Lemah Dalam Subjek Matematik

Semasa di sekolah, ramai pelajar akan cuba mengelak untuk mempelajari subjek yang sukar untuk mereka fahami. Antaranya, matematik yang selalu menjadi pilihan utama sebagai subjek paling susah ketika berada di bangku sekolah. 

Perkara ini telah diakui oleh majoriti pelajar kerana merasa lemah dalam soal kira-mengira. Terdapat juga sesetengah daripada mereka merasakan bahawa perkara itu berlaku adalah disebabkan genetik daripada ibu bapa mereka. Hakikatnya, tiada sebarang bukti untuk mengaitkan lemah dalam matematik dengan genetik.

Memetik dari The Conversation, sebenarnya seseorang menjadi lemah dalam mata pelajaran matematik adalah disebabkan oleh faktor rasa trauma yang membelenggu dirinya. Trauma matematik biasanya disebabkan oleh rasa cemas dan takut jika mereka melakukan kesalahan dalam menghitung nombor atau angka.

Gambar: Getty Images/Google

Trauma matematik ini seterusnya mempengaruhi kemampuan seseorang itu untuk cuba membuat sebarang pengiraan yang wujud. Trauma ini juga disebabkan oleh sistem pengajaran yang kurang tepat.

Randy Palisoc, pengajar dari James Jordan Middle School berkata, sekiranya semua guru dapat menunjukkan bahawa matematik adalah bahasa komunikasi seperti bahasa Inggeris atau bahasa lain, maka lebih mudah untuk para pelajar mengenali bakat semula jadi mereka dalam berfikiran logik.

Beliau berpendapat bahawa kebanyakan guru hanya memberikan masa yang terhad kepada semua pelajar mereka. Ini mencetuskan pelajar yang lemah kemahiran mengira untuk sentiasa cemas dan takut malah mematikan daya ingatan otak yang membawa kepada trauma matematik.

Gambar: Google

Selain itu, kemampuan dan ketidakmampuan seseorang dalam matematik tidak berkaitan sama sekali dengan jantina, bangsa, atau status ekonomi. Namun, jika ibu bapa sering mengajar anaknya mengira, ia akan memudahkan anak untuk memahami matematik.

Menurut laman Big Think, naluri matematik pada setiap orang diterapkan dan diperkenalkan apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Sebagai contoh, dengan mengira gambar epal atau gambar pelbagai haiwan.

Perbezaan pemahaman individu terhadap matematik juga dipengaruhi oleh aktiviti harian kanak-kanak. Kanak-kanak yang telah membawa “bekalan” ini lebih mampu untuk menguasai soalan dan mencari jawapan dengan cepat. Sehingga tanpa disedari, mereka melabelkan diri mereka sebagai seorang yang bergelar ahli matematik.

Sumber: indoline

Akhmar Ikmal