Siakap Keli
Gambar via Indozone.id

Bunuh 41 Lelaki Dalam Tempoh 2 Tahun, Kisah Pembunuh Bersiri Kejam Iran Yang Mati Digantung Di Atas Kren

Seorang pembunuh bersiri Iran yang didakwa telah melakukan 41 pembunuhan sejak 2002 hingga 2004 telah dijatuhkan hukuman 100 sebatan dan digantung di atas kren untuk tontonan umum, lapor Indozone.id.

Menurut laporan, lelaki tersebut yang dikenali sebagai E (bukan nama sebenar) didakwa menyasarkan budak-budak lelaki sebagai mangsanya. Dikatakan mereka akan diperkosa dahulu sebelum dibunuh.

Jelas laporan Bibi Farsi yang dipetik dalam Indozone.id, kes-kes jenayah yang pernah dilakukan oleh E selama ini dianggap sebagai kes terbesar di Iran sejak 71 tahun yang lalu.

Difahamkan, segala episod hitam E bermula apabila dia dikatakan mempunyai motif membunuh atas niat untuk membalas dendam terhadap masyarakat kerana kisah silam zaman di kanak-kanaknya.

E mengaku bahawa dia pernah dirogol dan mahu membalas dendam terhadap perkara itu. Dia juga mendakwa dirinya kurang mendapat kasih sayang semasa kecil, malah lebih banyak derita dirasainya berbanding orang lain.

Menurut laporan Hamvatan Salam menerusi Indozone.id, E pernah berlaku jujur meluahkan motif utama sebenar kenapa dia sanggup melakukan pembunuhan bersiri ini.

“Disebabkan saya pernah mengalami penderitaan ini sejak kecil, saya sentiasa membandingkan diri saya dengan orang lain.

“Jadi, saya harus buat perkara yang sama,” kata E.

41 mangsa E, yang paling tua berusia 17 tahun manakala yang paling muda berusia tujuh tahun.

Dalam pada itu, lelaki yang digelar dengan nama gelaran ‘Desert Vampire of Tehran’ itu dikatakan pernah melepaskan kemarahannya terhadap 41 orang mangsa lelaki dalam tempoh dua tahun.

Menurut laporan, mangsa paling muda adalah berusia tujuh tahun manakala yang paling tua pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun.

Gambar: Indozone.id

Berdasarkan data Wikipedia melalui Indozone.id, E didakwa melakukan ‘aktiviti’ pembunuhannya kira-kira sebulan sekali bermula bulan Mac sehingga Oktober 2002.

Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya, E dikatakan telah membunuh dua ke tiga kali dalam masa satu bulan yang sama seperti yang berlaku pada April 2003.

Malah, pada tarikh dan hari yang sama, E juga didakwa membunuh enam orang mangsa sekali gus pada 20 September 2004 sebelum akhirnya dia ditangkap pihak berkuasa

E mendakwa dirinya tidak layak dihukum mati

Setelah ‘puas’ membunuh mangsa-mangsa yang tidak berdosa, akhirnya E berjaya ditangkap pada 24 September 2004 iaitu empat hari selepas pembunuhan terakhirnya.

E dibicarakan di mahkamah di bawah Akta 74 Kanun Keseksaan Tehran. Dia ditahan di bawah Ketua Hakim Mansour Yavarzadeh Yeganeh dan empat orang peguamnya yang lain serta majoriti hakimnya.

Kemudian, pada 27 November 2004 berikutnya dia telah dijatuhkan hukuman mati. E sempat berkata bahawa sekiranya dia tidak ditangkap, dia mungkin akan membunuh 100 orang lagi kanak-kanak.

Malah lebih mengejutkan lagi apabila dia turut mendakwa bahawa dirinya tidak layak untuk menerima hukuman mati.

E disebat dan digantung di atas kren depan khalayak umum

Menurut laporan Bibi Farsi sekali lagi menerusi Indozone.id, E akhirnya dihukum bunuh pada 16 Mac 2005 di Pakdasht, Iran di depan khalayak ramai yang berjumlah kira-kira 5,000 orang.

Pada awalnya, baju E dikatakan telah ditanggalkan terlebih dahulu sebelum tangannya digari pada tiang besi tempat dia menerima hukuman sebanyak 100 kali sebatan di situ.

Gambar: via Indozone.id

Di pergantungan itulah dia disebat berkali-kali. Namun dalam masa sama, E dikatakan terjatuh ke tanah berulang-kali saat dia disebat tetapi dia tidak pernah menjerit kesakitan.

Disebabkan berasa terlalu marah terhadap E, seorang individu yang pernah menjadi mangsa kekejaman E didakwa bertindak menikam E selepas dia berjaya melepasi kawalan petugas keselamatan di situ.

Bukan setakat itu, malah ada juga seorang ibu kepada salah seorang mangsa E yang turut melilit seutas tali biru ke leher E sebelum dia diangkat kira-kira 10 meter ke udara oleh kren sehingga mati.

Kisah silam yang memeritkan

Imbas kembali, semasa E masih di zaman kanak-kanaknya dahulu dia dikatakan pernah diperkosa berulang kali ketika berusia 11 tahun.

Selain itu, dia juga lahir dalam sebuah keluarga besar dengan jumlah adik-beradik yang begitu ramai, iaitu terdiri daripada enam adik-beradik lelaki dan enam orang adik-beradik tiri.

Malah ibunya dikatakan meninggal dunia akibat kanser semasa dia sedang berusia empat tahun. Lebih menyedihkan apabila ayah E dikatakan berkahwin lain sejurus kematian ibunya.

Difahamkan, ayah E pernah memaksa dia untuk berhenti sekolah dan terus bekerja. Menurutnya, sewaktu dia berusia 11 tahun, tahun itu merupakan tempoh paling tidak menyeronokkan buatnya.

Tidak cukup dengan itu, E juga dikatakan pernah dipukul oleh ayahnya. Malah ayahnya juga pernah merantai kaki E sewaktu dia masih kecil.

Sumber: Indozone.id

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.