Siakap Keli
Gambar via Sazly Tulih

Jaga-jaga, ‘Baby Nenas’ Yang Dijual Dibimbangi Guna Pemanis Tiruan ‘Siklamat’, Rasa Manis 30 Ke 50 Kali Ganda – Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di beberapa kawasan lampu trafik, kita mesti akan dapat lihat sekumpulan lelaki dengan sebuah banner menjinjing beg plastik berisi buah mangga potong. Selain mangga, ada juga sesetengahnya yang menjual buah ‘baby nenas’.

Bagaimanapun, jualan ‘baby nenas’ tersebut agak membimbangkan seorang teknologis makanan yang menggunakan nama Facebook Sazly Tulih (gambar) kerana beliau mendakwa terdapat sejenis bahan pemanis yang digunakan pada buah itu.

Menurut perkongsian Sazly di Facebooknya baru-baru ini, bahan pemanis tersebut yang dinamakan sebagai siklamat merupakan pemanis tanpa zat yang menyebabkan buah itu akan menjadi lebih manis daripada rasa ‘manis buah’ yang asalnya.

“Dua tiga minggu, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “D***** ***g” yang mengandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda.

“Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… D***** ***g pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama D***** ***g ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudahlah,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Gambar hiasan via Sazly Tulih

Hati-hati bila membeli

Dalam pada itu, tambah Sazly, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati apabila ternampak mana-mana peniaga yang menjual produk ‘baby nenas’ berkenaan. Ia bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan yang tidak diingini.

“Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya.

“Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan,” katanya.

Gambar hiasan via Sazly Tulih

Pengalaman netizen

Ekoran itu, perkongsian Sazly ini telah dikongsi lebih 2,600 kali setakat ini, selain turut meraih pelbagai maklum balas daripada warganet. Malah ada antaranya yang berkongsi pengalaman mereka memakan ‘baby nenas’ ini.

Berikut di bawah adalah beberapa komentar terpilih:-

Macam mana nak tahu ada tambahan pemanis siklamat tu ye?

Ingat nanas biasa je..

End user macam kita ni selalu jadi mangsa

Sebab lepas saya makan nenas ni rasa nak penat

Sumber: Facebook Sazly Tulih

" "