Siakap Keli
Facebook Rencah

Nampak Simple, Resipi ‘Kick’ Sambal Telur Mata Ini Buat Makan Nasi Bertambah

Telur mata dimasak sambal. Lauknya simple sahaja tapi boleh membuatkan kita makan nasi bertambah. Makan dengan nasi panas, fuhh memang sedap sampai menjilat jari. Mana yang nak berdiet, boleh lupakan sahaja niat tu apabila lauk ini ada di depan mata!

Kami yakin pasti ramai yang sudah tahu memasak hidangan ini. Tetapi apa kata, kali ini anda cuba memasak sambal telur mata menggunakan resipi yang kami kongsikan ini.

Mendapat hampir 5 ribu perkongsian di Facebook Rencah, ramai yang memuji keenakan resipi sambal telur mata ditambah dengan proses penyediaan yang mudah.

Resepi sambal telur mata

Bahan-bahan:

1) Bawang kecik 3 biji *

2) Bawang besar 1biji *

3) Bawang putih 5 biji *

4) Cili padi segengam *

5) Lada besar 3 biji *

6)Bilis segengam *

7)Air 1½cawan

8) Telur 5 biji

9) Air asam jawa

10) Garam, ajinomoto dan gula

Cara-cara:

1. Blend semua bahan bertanda * dgn sedikit air..(jangan lama² nanti halus sangat tak sedap)

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg diblander tadi sehingga pecah minyak

3.Masukkan air, kemudia biarkan seketika

4.Masukkan air asam, garam, aji dan gula

5.Apabila sudah betul-betul mendidih, perlahankan api..

6. Masukkan telur satu persatu

Cara saya pecahkan sebiji dalam mangkuk lepastu buang pusat telur barulah masukan dalam kuali. Ulang 5 kali..kalau 10 buat la 10 kali hehe.

Okay dah siap, makan dengan nasi panas..bertambah-tambahlah jadinya..

Itulah resepi sambal telur mata yang sangat sedap dan anda pasti tidak akan menyesal mencubanya. Bolehlah untuk ditambah menjadi resepi makanan seharian anda.

Selamat Mencuba!

Sumber: Ctt Nurhadzlinwatie via Facebook Rencah 

" "