Siakap Keli
Gambar: comicbook.com

Netflix Bakal Terbit Filem The Raid Versi “Remake”, Turut Dapat ‘Sentuhan’ Michael Bay

Sebuah filem aksi klasik the Raid: Redemption akan dibuat semula dan bakal ditayangkan di platform streaming Netflix.

Filem adaptasi The Raid itu akan diterbitkan oleh Michael Bay bersama dengan XYZ Films.

Sementara itu, Patrick Hughes dan James Beaufort akan mengarah dan menulis skrip untuk filem tersebut bersama.

Manakala pengarah asal filem The Raid, Gareth Evans akan menjadi penerbit esekutif bagi filem adaptasi tersebut yang bakal ditayang di Netflix.

The Raid telah menghabiskan masa kira-kira sedekad mencuba mengeluarkan beberapa jenis adaptasi Hollywood, sejak filem asal yang dibuat di Indonesia itu menjadi popular.

Filem The Raid telah menghabiskan hampir 10 tahun dalam mencipta adaptasi Hollywood, setelah filem aslinya (dihasilkan di Indonesia berdasarkan budayanya) menjadi sambutan hangat.

The Raid yang secara aslinya dibuat di dalam industri perfileman Indonesia yang mana Evans telah mendalami budaya Indonesia melalui isteri dan keluarga isterinya yang merupakan warga Indonesia.

Budaya adalah kunci utama penceritaan filem tersebut kerana mereka menggunakan seni pertahanan diri Indonesia iaitu Pencak Silat.

Filem tersebut menceritakan berkenaan sekumpulan pihak polis yang telah ditugaskan untuk menangkap seorang penjenayah terbesar di Jakarta.

Ekoran daripada filem The Raid yang pertama itu, pihak produksi telah menerbitkan filem yang sequel, The Raid 2 pada tahun 2014 tetapi kedua-dua filem tersebut tidak berjaya memperoleh lebih daripada 10 juta USD (RM 41.7 juta).

Selain itu, filem The Raid yang akan ditayangkan di Netflix ini akan menjalani penggambaran di Philadelphia dan di kawasan ‘Badlands’.

Plot filem tersebut berkisar tentang sekumpulan penyiasat DEA yang menyamar untuk memperolehi informasi untuk menjerat seorang ketua penjenayah.

“Kami sangat teruja dengan visi unik Patrick untuk filem ini. Ianya secara dasar sama seperti filem aslinya dan akan memberikan penghormatan besar kepada filem asal sambil turut membawa pendekatan dan perspektif baharu yang akan menetapkan hala tujunya sendiri dalam tindakan itu,” kata kumpulan pihak produksi Netflix.

Pengarah A-Team Joe Carnahan akan mengarah pembuatan semula The Raid yang akan ditulis oleh Adam G. Simon dan akan diterbitkan dalam versi Hollywood dan telah dirancang sejak beberapa tahun yang lalu.

Sumber: comicbook.com

Zahirah