Masyarakat di luar sana sepatutnya meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada anggota beruniform seperti polis, bomba dan askar kerana mereka sangat berdedikasi menjalankan tugas walaupun diluar bidang mereka.
Seperti yang kita tahu tugas dan peranan polis sangatlah penting dalam kalangan masyarakat, merekalah yang akan memastikan semuanya berada dalam keadaan yang selamat.
Terbaru, tular di media sosial tentang sebuah video menunjukkan ‘abam trafik’ dengan gigihnya sedang mengorek longkang yang tersumbat walaupun terpaksa menggunakan tangannya mengeluarkan sampah-sampah yang tersumbat di longkang yang busuk dan kotor.
Difahamkan, anggota polis trafik ini menolong untuk selesaikan masalah air bertakung di jalan raya yang menyebabkan berlaku kesesakkan.
Menurut kenyataan daripada Polis Daerah Penampang memaklumkan bahawa atas dasar prihatin dan tanggungjawab Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang mengambil langkah untuk mengeluarkan sisa kotoran dalam longkang yang tersumbat sehingga mengakibatkan takungan air di jalan raya di Kampung Meruntum Putatan.
“Biar seragam putih tercalit ‘kotoran’ asal tidak ‘integriti’ tercalar. Syabas Koperal Shah Erman di atas sikap positif yang ditunjukkan kepada masyarakat.”
Rata-rata netizen yang menonton video ini berasa terharu dan memuji perkara yang dilakukan oleh polis tersebut. Kerja polis bukan hanya mengawal laulintas atau menangkap jenayah, korek longkang tersumbat pun mereka buat.
“Ramai pengguna jalan raya tapi belum ada yang sanggup berhenti dan buat macam mana anggota polis trafik ni lakukan”
“Semoga Allah melapang rezeki dan diberikan kesejahteraan hidup di dunia…”
“Baik betul abang polis ni…”
“We salute you”
https://www.facebook.com/polisdaerahpenampang/videos/2970206869898306
Sumber: Polis Daerah Penampang