Siakap Keli

(Video) Risiko Tinggi Tapi Masyuk, Abang ‘Pilot Darat’ Dedah Slip Gaji RM 8k Sebulan

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Pepatah ini menggambarkan mengenai rezeki dan tuah masing-masing yang datang dalam pelbagai cara.

Walaupun ada sesetengah orang yang sering memandang rendah dengan perkerjaan ini namun gaji seorang pemandu lori cecah ribuan ringgit bahkan lebih dari individu yang kerja di pejabat.

Menerusi klip video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Madrizz_Official menjawab soalan warganet yang ingin tahu gaji yang diperoleh dia dalam sebulan bekerja.

“Bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yang paling banyak saya terima…”

Difahamkan dalam video ini, gaji kasar pemandu lori sepertinya boleh mencecah RM8,000 sebulan manakala pendapatan bersihnya pula lebih RM6,000.

Walaupun gaji asas seorang pemandu lori rendah namun komisen trip yang mereka dapat sangat berbaloi dengan tugasan harian mereka yang penuh cabaran itu.

Rata-rata warganet meninggalkan komen dan ada yang berkongsi pengalaman kaum keluarga yang turut bekerja dalam bidang ini. Namun, ramai diantara mereka yang turut bersedih atas kehilangan ahli keluarga kerana terlibat dalam kemalangan.

“Jangan tengok gaji besar, tanya dia berapa hari kat rumah”

“Gaji besar tapi jarang kat rumah”

“Tapi risiko tu tinggi”

“Saya kehilangan adik ketika bertugas bawa kontena”

“Cuma isteri pilot darat ja tau perasaan bila call tak angkat”

“gaji banyak, risikko di jalan pun tinggi”

“Gaji pilot lori memang banyak tengok berapa banyak tayar lagi besar gaji”

Sumber: Madrizz Official

" "