Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala ritcher dilaporkan berlaku di Banten dan sejumlah kawasan di Jakata, Bogor, Tangerang dan Bekasi turut merasai ‘goncangan’ gempa tersebut yang berlaku sekitar jam 4.05 petang hari ini, 14 Januari 2022.
Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan bahawa gempa bumi bermagnitud 6.7 skala ritcher ini berpusat 52 kilometer dari Barat Daya Sumur, Banten dan 197 kilometer dari Barat Daya Jakarta mengalami gegaran kedalaman 10 kilometer dari bawah air.
Justeru itu, beberapa penduduk di kawasan Jakarta, Sawangan, Depok: Tangerang, Gunung Putri, Kabupaten Bogor, Cirendeu turut merasai gegaran akibat gempa tersebut.
Sumber: CNN Indonesia