Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Jika Tak Dapat Hadir, Ini Langkah Batal Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Seperti yang kita tahu, semua rakyat Malaysia yang telah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 adalah digalakkan untuk mengambil dos penggalak mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah, program suntikan vaksinasi dos penggalak kini dilakukan secara lebih teratur iaitu melalui janji temu di aplikasi MySejahtera, sepertimana dos pertama dan kedua sebelum ini.

Namun begitu, anda masih boleh melakukan pembatalan janji temu dos penggalak COVID-19 melalui MySejahtera dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) seperti di bawah:

1. Klik di “Klik di sini untuk mengesahkan temu janji anda

2. Pilih “Tidak

3. Nyatakan alasan

Setelah mengikuti tiga langkah yang dikongsikan di atas, anda akan diberikan tarikh janji temu yang baharu untuk suntikan dos penggalak di aplikasi yang sama.

Sumber: JKJAV

Eyla Azri