Siakap Keli
Kredit :Apple via Amsyarnaif

Kura-kura Tasik Titiwangsa ‘Mendunia’, Selepas IG Rasmi Apple Muat Naik Foto Milik Abang Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sering kita dengar ungkapan yang berbunyi, “permulaan baharu untuk tahun baru”. Sudah pastinya ramai yang berazam untuk mencapai satu lagi impian dalam diri mereka.

Tidak cerita lagi soal rezeki, memang ramai yang tidak sangka bertuah mendapat hadiah atau menang dalam bermacam-macam acara  walaupun hanya sekadar mencuba nasib.

Sama juga seperti yang tuah yang dimenangi oleh Encik Amsyar apabila rakaman gambarnya dipilih  dan disiarkan di Instagram syarikan telefon pintar gah itu. .

Menerusi perkongsian di ciapannya, dia sama sekali tidak menyangka gambar seekor kura-kura yang dirakamnya dipilih menjadi ‘feature‘ di akaun Instagram rasmi syarikat telefon gah itu, Apple.

Menerusi perkongsian ciapannya, gambar kura-kura tersebut diambil di Tasik Titiwangsa ketika dia dan isterinya sedang berjalan-jalan di taman tersebut.

Kebetulan pada ketika itu mereka ternampak seekor kura-kura di dalam tasik itu semasa melintasi jambatan dan terus merakamnya.

Namun, tuah memihak kepadanya apabila gambarnya dipilih oleh syarikat Apple dan disiarkan di akaun rasmi Instagram.

“Permulaan 2022 yang bagus! Dapat featured kat account apple.”

“Tahniah kura-kura Tasik Titiwangsa,” tulisnya di posting tersebut.

Sumber : Amsyarnaif

Fathin Nadzira