Siakap Keli
Gambar: Life Devil & Times of India

Menakjubkan, Guna Kalendar Purba Ada 13 Bulan, Negara Ni Rupanya 7 Tahun Lambat Berbanding Negara Lain

Negara Ethiopia dipercayai mengikuti kalendar yang mempunyai 13 bulan dan kini tujuh tahun di belakang negara lain di dunia, lapor Times of India.

Menyentuh soal percutian, terdapat banyak destinasi menarik di luar negara yang mungkin terlintas di fikiran anda. Tetapi agak jarang untuk anda memilih negara Ethiopia sebagai pilihan utama.

Sebenarnya Ethiopia merupakan salah satu tempat paling menarik untuk anda jadikan sebagai destinasi percutian.

Menurut laporan, negara ini dikatakan mempunyai banyak keajaiban dari segi alam semula jadi yang indah, sejarah yang menarik dan hidupan liar yang jarang ditemui.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai negara ini.

Guna kalendar 13 bulan dalam setahun

Setiap negara mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan Ethiopia. Negara ini memilih untuk tidak menggunakan kalendar yang sama dengan negara-negara lain iaitu kalendar Gregorian Barat.

Walau bagaimanapun, negara ini dilaporkan masih mematuhi peraturan 12 bulan setahun. Tetapi dalam tempoh satu tahun di Ethiopia terdiri daripada 13 bulan.

Disebabkan itu, negara ini lewat tujuh tahun di belakang kalendar Gregorian.

Jika 12 bulan pertama mempunyai jumlah 30 hari, bulan terakhir hanya mempunyai lima hari manakala enam hari semasa tahun lompat. Bulan terakhir di sana dipanggil sebagai Pagume.

Malah, orang Ethiopia menghabiskan penghujung milenium kedua mereka (tahun 2000) pada 12 September 2007 (kalendar Gregorian).

Setakat ini tiada lagi sebarang masalah yang timbul buat para pengembara walaupun Ethiopia masih menggunakan kalendar purbanya.

Kini, sudah ada rakyat Ethiopia yang mengetahui kalendar Gregorian dan mereka kebanyakannya memilih untuk menggunakan kedua-dua kalendar secara bergilir-gilir.

Syurga bagi mereka yang vegetarian

Gambar: Getty Images via Times of India

Di Ethiopia agama dominan adalah Kristian ortodoks. Kira-kira separuh penduduk di sana yang dipercayai mungkin berpuasa selama 200 hingga 250 hari dalam masa setahun.

Sepanjang tempoh setahun orang Ethiopia juga berpuasa pada setiap hari Rabu dan juga Jumaat.

Cara orang Ethiopia berpuasa bukanlah seperti masyarakat Islam. Orang Ethiopia akan berpuasa dari segi menahan diri mereka daripada memakan haiwan, telur, daging dan tenusu.

Hal ini bermakna, kebanyakan restoran di sana akan menjual makanan yang menjurus ke arah sayur-sayuran yang menarik.

Kemerdekaan mutlak

Gambar: Getty Images via Times of India

Kalau sebut tentang merdeka mesti anda terbayang negara itu bebas daripada penjajah. Hal ini lain pula dengan Ethiopia.

Ethiopia merupakan satu-satunya negara di benua Afrika yang tidak pernah berada di bawah kawalan penguasaan kuasa-kuasa kolonial.

Walaupun orang Itali pernah berjaya menjajah Ethiopia pada tahun 1935 dan kekal memerintah negara berkenaan selama enam tahun, pasukan Ethiopia tetap berjaya menentang pemerintahan ketenteraan Itali.

Pada akhirnya Ethiopia berjaya dibebaskan daripada sebarang penindasan.

Sumber: Times of India & Life Devil

 

Nadhirah