Siakap Keli

Muhyiddin Yassin Tolak Dakwaan Pergi Umrah Tanpa Vaksin Covid-19, MM

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan bahawa beliau tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 dan Maningococcal serta Meningitis (MM) ketika mengerjakan umrah pada Mac yang lalu.

Menurut laporan Sinar, Pegawai Khasnya, Mohd Naaim Mahmood berkata Muhyiddin dan delegasi telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sebelum berangkat ke Arab Saudi serta menerima suntikan kedua setibanya ke tanah air manakala MM tidak diwajibkan.

Berdasarkan kenyataannya pada hari ini memaklumkan dakwaan Ustaz Abu Syafiq tentang Muhyiddin dan delegasi tidak mendapat vaksin ketika mengerjakan ibadah umrah adalah tidak benar.

Ujarnya lagi, ketika itu kedua-dua kerajaan iaitu kerajaan Arab Saudi dan Malaysia tidak mengenakan syarat lengkap suntikan vaksin COVID-19 atau lain-lain bagi mana-mana pengembara yang mahu melakukan perjalanan ke negara Timur Tengah itu.

“Lawatan kerja rasmi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 Arab Saudi yang diadakan atas undangan kerajaan Arab Saudi tertakluk pada SOP yang ketat termasuklah melakukan ujian RT-PCR sebelum, semasa dan selepas lawatan serta hasil ujian semua ahlinya adalah negatif.”

Katanya lagi, pergerakkan delegasi di Arab Saudi juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa sana di dalam gelembung perjalanan yang sudah ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.