Siakap Keli
Kredit : Daily Mail

Pemuda 19 Tahun Dakwa Berjaya Godam Lebih Daripada 25 Buah Tesla Di 13 Negera

Seorang lelaki berusia 19 tahun mendakwa dirinya mampu menggodam lebih 25 kenderaan Tesla di 13 buah negera, lapor New York Post.

Katanya, dia mampu mengakses pintu, tingkap, menghidupkan radio, lampu dan enjin serta memulakan pemanduan tanpa kunci dari jauh.

Menurut laporan, dia dipercayai merupakan pakai IT di Jerman dan dapat melumpuhkan sistem anti-kecurian kenderaan mewah tersebut.

Walaupun mendakwa boleh mengawal Tesla dari jauh, namun dia mengakui tidak dapat mengawal stereng atau pecutan dan brek kereta itu.

“Ya, saya boleh membuka pintu dan memulakan pemanduan,” katanya.

“Tetapi, saya tidak boleh campur tangan dengan pemandu dan tidak boleh memandu dari jauh selain daripada menghidupkan muzik atau lampu.”

Jelasnya lagi, cara godamnya bukanlah terletak pada kelemahan infrastruktur Tesla, tetapi merupakan kesalahan pemiliknya.

Pada Selasa lalu, dia memaklumkan bahawa dia telah dihubungi oleh pegawai di Tesla yang sedang menyiasat perkara itu.

Dia mendakwa bahawa dia pernah menulis sekeping kod pertama semasa berusia 10 tahun dan matlamat syarikatnya adalah untuk membantu setiap perniagaan daripada ditipu penggodam.

Berdasarkan laporan New York Post, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dikatakan berjanji akan bekerjasama dengan pengawal selia untuk melindungi data peribadi pemandu daripada ancaman penggodam.

Menjelang tahun 2025, dianggarkan sebanyak 470 juta kenderaan akan disambungkan ke pangkalan data berkomputer dan ia menjadi sasaran bagi penjenayah siber.

Pada tahun yang sama, pasaran keselamatan siber automotif dipercayai akan dijangka bernilai kira-kira $4 bilion (RM 16.744 bilion), menurut Tech Monitor.

Dia juga mendakwa dapat melumpuhkan Mod Sentry, teknologi anti-kecurian, yang mana sebuah sistem berasaskan kamera terbina yang bertukar menjadi penggera.

Sebaik sahaja amaran dicetuskan, kamera mula merakam di sekitar kenderaan dan kemudiannya dipancarkan kepada pemilik melalui aplikasi khas.

“Saya juga boleh bertanya lokasi, pemandu dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sumber : New York Post

" "