Siakap Keli

(Video) “Macam Ikan Sendiri”, Gara-gara Terlupa Cuci Tank, Lelaki Panik Nampak Isteri Nak Jual Ikan Arowananya Di Fb

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membela ikan antara hobi yang memberi ketenangan kerana berbanding haiwan lain, ikan ini tidak sukar dijaga malah memberi banyak kelebihan seperti menceriakan suasana atau mengurangkan tekanan bekerja seharian.

Sebab itu, ramai yang sanggup berhabis ratusan ringgit demi membela ikan. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup membuat simpanan semata-mata untuk diberikan kepada ikan sahaja.

Namun, lain pula yang terjadi kepada lelaki ini di mana isterinya ingin menjual ikan kesayangannya di laman media sosial.

“Tengok Facebook nampak macam ikan sendiri…”

Difahamkan, lelaki ini terlupa untuk mencuci aquarium, sebab itulah isterinya ingat suaminya tidak mahu membela ikan itu. Oleh sebab itu, si isteri ‘buka’ harga untuk dijualkan kepada orang lain.

@nicknaz_

Nak bela ikan ingat cuci tank , kalau tak bini buat pandai 🤦🏼

♬ Oh No – Kreepa

Menariknya lagi, dalam perkongsian tersebut, si suami turut memuat naik tangkap layar yang memperlihatkan komen-komen daripada netizen yang menyatakan minat untuk membeli ikan berkenaan.

Berdasarkan perkongsian, ikan yang hendak dijual oleh isteri kepada abang ini kelihatan seperti seekor ikan kelisa.

Sumber: Nicknaz

" "