Siakap Keli
Gambar via TikTok

Bangun Pagi Hanya Sikat Rambut, Cikgu Ni ‘Makeup’ Siap-Siap Sebelum Tidur

Bangun awal pagi sebelum keluar bekerja sudah menjadi rutin harian kebanyakan daripada kita. Manakan tidak, nak menghadap kesesakan lalu lintas dalam perjalanan ke tempat kerja pun dah memakan masa yang lama.

Oleh itu, rata-rata daripada kita set mesti akan set alarm siap-siap sebelum tidur untuk bangun awal keeesokan paginya. Malah, ada juga yang menetapkan alarm untuk lima hari waktu bekerja kerana risau tak tersedar.

Namun, ada yang masih sukar bangun awal pagi walaupun dah set alarm ke tahap bunyi paling tinggi, tambahan pula golongan yang bukan morning person.

Begitu juga wanita yang merupakan seorang guru dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) ini. Bagi mengelak bangun awal pada waktu pagi semata-mata untuk bersiap, wanita ini bersolek dan menggayakan rambutnya terlebih dahulu pada malamnya sebelum masuk tidur.

Guru berkenaan turut memuat naik video rutin harian sebelum tidur ini di akaun TikTok miliknya.

@hanbanan0725

#GRWM #fyp

♬ TO THE MOON – Jnr Choi

Dalam video yang dimuatnaik bersama kapsyen “Bersiap bersama saya, guru yang bersiap pada waktu malam kerana tak mahu bangun awal” itu, dia dilihat memakai alat solek seperti foundationconcealer, maskara dan celak kening serta sempat menggayakan rambutnya.

Keesokan paginya, wanita itu turut merakam ‘hasil’ setelah bangun dari tidur. Tak disangka-sangka, solekan yang dikenakan guru berkenaan malam sebelumnya masih kelihatan kemas.

Dia hanya merapikan rambutnya dengan gaya messy bun serta mengenakan pakaian sesuai sebelum menyiapkan kopi dan berangkat ke tempat kerja.

@hanbanan0725

Reply to @mariahortiiz

♬ original sound – hanbanan

Sumber: Mirror

Eyla Azri