Siakap Keli
Gambar: New York Post

Berang Kena Halau Dengan Tuan Rumah, Lelaki Letupkan Rumah Sewa

Seorang penyewa mengambil keputusan untuk membalas dendam kepada tuan rumah telah meletupkan unit pangsapuri yang didudukinya sehingga mencetuskan kebakaran selepas diusir.

Dalam kejadian sebelum pukul 4 pagi itu, satu letupan kuat telah didengari di bandar Ponferrada, Sepanyol sehingga menyebabkan serpihan memenuhi jalan-jalan utama serta merosakkan kereta.

Letupan gas yang mencetuskan kebakaran itu turut menerbangkan atap bangunan tersebut.

Menurut seorang sumber, lelaki yang tinggal berseorangan itu dikatakan berang kerana telah dihalau keluar dari rumah yang menyebabkan dia bertindak demikian.

Letupan tersebut turut memusnahkan bahagian dalam rumah tersebut sehingga memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan penduduk yang berdekatan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja memadam api.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis.

Sumber: New York Post

Zahirah