Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Gerenti Hilang 40 Kg Dalam Setahun, Coach Ini Tunjuk 5 Cara Mudah Kena Ikut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mempunyai berat badan yang ideal sudah pasti menjadi idaman kebanyakan daripada kita. Maka ramailah yang berebut-rebut mencuba pelbagai teknik kuruskan badan untuk mencapai berat badan yang diinginkan.

Namun begitu, ‘perjuangan’ untuk menguruskan badan bukanlah mudah. Banyak pengetahuan yang perlu digali supaya kita dapat mencapai berat badan ideal dengan cara yang sihat dan tak membebankan diri sendiri.

Oleh itu, jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Mohd Shahfazreen melalui laman Facebook miliknya berkongsi lima cara menurunkan badan sehingga 40 kilogram dalam masa setahun. Ikuti perkongsian Coach Shahfazreen di bawah ini.

Tukar lima kebiasaan ini

Tukar lima kebiasaan ini untuk kurangkan 25,914 kalori dalam 30 hari, 3.36 kg (kilogram) sebulan, 40.38 kg setahun.

Tips, cara dan kiraanya aku kongsikan dibawah.

1 . Tukar kebiasaan minum air. Segelas teh tarik ada 229 kalori. Dari 2 kali sehari air manis kurangkan jadi sekali ja. Latih diri minum air kosong.

229 kalori x 30 hari = jimat 6870 kalori sebulan.

2. Tukar kebiasaan saiz portion. Biasa makan nasi putih sepinggan penuh, kecilkan jadi 1 mangkuk cina atau 2 senduk rata. Sebelum ni sekali makan nasi 450 kalori jadi 220 kalori ja. Kurang 230 sehari.

230 kalori x 30 hari = jimat 6900 kalori sebulan.

Gambar. Business Insider

3. Tukar jenis masakan. Makanan yang deep fried akan gandakan kalori. Seketul ayam goreng 127gram ada 305 kalori. Pilih ayam bakar 100gram baru 150 kalori. Kurang 150 kalori sehari.

150 kalori x 30 hari = jimat 4500 kalori sebulan.

4. Tukar kepada ulam-ulaman. Biasa lunch makan sayur yang dimasak bergoreng atau gulai, tukar ambil ulam. Anggaran sayur goreng ikan masin 170 kalori. Secawan ulam raja baru 6 kalori. Jimat 164 kalori sehari.

164 kalori x 30 hari = jimat 4920 kalori sebulan.

Gambar: Epicurious

5. Tukar kemahuan kepada sekadar merasa. Ini cabaran terbesar nak kurangkan berat badan, namun ia berbaloi dibuat.

Biasa makan dessert, kek, aiskrim, benda manis 2 kali seminggu, kawal kepada 2 kali ja sebulan.
Ambil contoh 1 slice kek coklat indulgance ada 454 kalori. Maka;

454 kalori x kurangkan 6 hari = jimat 2724 kalori sebulan.

Sekarang mari kira berapa jumlah kalori kita dapat kurang dan jimat dalam satu bulan.

Air manis = 6870 kalori.

Kecilkan portion nasi = 4500 kalori.

Kurangkan lauk bergoreng = 4500 kalori.

Tukar kepada ulam = 4920 kalori.

Kurangkan dessert 6 hari = 2724 kalori

Total sebulan ialah 25914 kalori sebulan. Bersamaan 310,968 kalori setahun. Jika kalian nak tukarkan kepada berat lemak badan, kiraannya begini.

1 kg berat lemak badan bersamaan 7700 kalori. Maka,

25914 kalori / 7700 kalori = 3.36 kg sebulan atau 40.3 kg setahun.

Tak perlu berlapar atau buang apa-apa. Cukup kurangkan dan tukar kebiasaan sendiri.

Campur dengan bakar kalori melalui senaman, boleh bantu kurangkan 4-5 kg sebulan.

5kg x 12 bulan = 60 kilogram dalam setahun.

Asasnya tahu bagaimana nak lakukan, faham konsep masuk kalori dan konsisten. Ianya bermula dengan perlu cari ilmu. Begitulah. Semoga jadi asbab kebaikan.

Sumber: Mohd Shahfazreen

Eyla Azri