Siakap Keli
Kredit : New York Post

Mungkin Risau Lembu ‘Lupa’ Rupa Padang Rumput, Penternak Pakaikan Lembu VR Tayang Rumput Hijau

Lembu mendapat cermin mata realiti maya dan dipakaikan oleh penternaknya bagi meransangkan pengeluaran susu, lapor New York Post.

Tujuannya pemakaian ‘virtual gogle‘ tersebut adalah untuk membuatkan lembu yang berada dalam kandang ketika musim sejuk tidak lupa dan seolah-olah berada di padang rumput hijau ketika musim panas.

Menurut laporan, percubaan tersebut telah menghiburkan peminat filem dan dibandingkan dengan aksi filem sci-fi klasik, The Matrix.

Alat tersebut dikatakan direka oleh doktor haiwan dan diuji di sebuah ladang di Moscow.

Kredit : New York Post

Penternak lembu, Izzet Kocak memakaikan ‘gogle’ tersebut pada dua ekor lembu di Aksaray, Turki.

Walau bagaimanapun, hasil percubaan yang dilakukan menunjukkan hasil yang baik, lapor The Sun.

Hail ujian yang dilakukan dikatakan berjaya apabila lembu miliknya telah mengeluarkan banyak susu daripada 5.8 gelen meningkat kepada tujuh gelen sehari.

Kredit : New York Post

Kata Izzet, sebelum ini dia hanya memainkan muzik klasik untuk didengarkan kepada 180 haiwan bagi memberi rangsangan dan bercadang untuk membeli sepuluh set lagi.

“Mereka seperti sedang melihat padang rumput yang hijau dan mampu memberi rangsangan emosi lembu supaya dapat mengurangkan tekanan.”

Kementerian Pertanian Rusia menjelaskan sistem itu dibangunkan berdasarkan prinsip seperti lembu dapat melihat warna merah dengan lebih baik berbanding warna biru dan hijau.

“Semasa ujian pertama, pakar mencatatkan penurunan dalam kebimbangan.”

Sumber : New York Post

Fathin Nadzira