Siakap Keli
Gambar: CGTN Europe

Sepanyol Kini Iktiraf Haiwan Peliharaan Sebagai Makhluk “Sentient”, Miliki Perasaan & Hak Macam Manusia

Sepanyol telah menguatkuasakan undang-undang baharu dimana haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing kini diiktiraft sebagai makhluk ‘sentient’, iaitu hidupan yang mempunyai perasaan sama seperti manusia.

Undang-undang terbaru ini telah mengiktiraf haiwan peliharaan sebagai ‘makhluk hidup dan bernyawa’ buat pertama kali dalam kes sivil dan bukan sahaja dilihat sebagai ‘objek’ semata-mata.

Misalnya, dalam kes penceraian, kucing dan anjing memiliki hak penjagaan sama seperti kanak-kanak.

Dengan undang-undang baharu ini, mahkamah boleh menentukan pihak mana yang mendapat hak penjagaan ke atas haiwan peliharaan yang dipelihara secara bersama oleh pasangan yang membuat permohonan penceraian.

Satu-satunya pengecualian adalah terhadap haiwan ternakan.

Undang-undang itu digubal oleh parti Sosialis yang memerintah dan rakan pakatan kirinya Podemos. Ianya bertujuan untuk menamatkan perbalahan yang sering tercetus dalam kalangan pasangan yang sering berebut hak penjagaan haiwan peliharaan selepas penceraian.

Syarat yang ditetapkan ialah pemilik mesti ‘menjamin’ kesejahteraan haiwan peliharaan dan jika salah satu pasangan mempunyai sejarah kekejaman terhadap haiwan mereka tidak akan diberikan hak penjagaan.

Undang-undang itu telah dicadangkan sejak tahun 2017 tetapi dua pilihan raya umum pada 2019 menangguhkan proses kelulusan tersebut. Perundangan itu akhirnya telah diluluskan oleh semua pihak selain parti Vox.

Sumber: CGTN Europe

Zahirah