Siakap Keli
Gambar: @adamkhalid000

(Video) Ditanya “Untuk Perhiasan Ke?”, Penggali Kubur Jelaskan Fungsi Bola Tanah Sebagai ‘Bantal’ Untuk Jenazah

Di antara kebiasan yang kerap dilakukan sebahagian masyarakat adalah membuat bebola tanah untuk diletakkan sebagai ‘bantal’ untuk jenazah yang hendak dimakamkan.

Namun begitu, bukanlah semua orang tahu akan fungsi bebola tanah atau bantal tersebut. Justeru itu, menerusi sebuah perkongsian video di akaun TikTok @adamkhalid000, dia telah menjawab pertanyaan seorang pengguna media sosial tersebut berkenaan bebola tanah tersebut.

“Tanah boleh itu untuk apa abang, perhiasan ke?” tanyanya di ruangan komen.

Di dalam video tersebut pemilik menerangkan tujuan bebola tanah yang dipanggil sebagai bantal itu ialah untuk menahan jenazah daripada terbaring di dalam liang.

Hal ini kerana posisi jenazah di dalam liang adalah mengiring dan tujuan bantal adalah untuk menahan jenazah daripada terbaring. Selain itu, bantal ini turut dibuat dalam angka ganjil seperti tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas.

Tambahnya lagi, kebiasaannya bantal tersebut akan diletakkan pada kepala jenazah, badan belakang jenazah, bahagian pinggul, pelipat kaki, dan belakang tumit jenazah.

Sebagai klarifikasi pemilik turut berkongsikan beberapa pandangan mengenai bantal tersebut dan ianya adalah dibolehkan.

Di bahagian kapsyen video, pemilik turut menceritakan bahawa sahabat baik Rasulullah SAW, Abu Bakar turut meletakkan serupa batu bata di bawah kepala Rasulullah SAW saat baginda hendak dimakamkan.

Anda boleh tonton video di bawah ini untuk mendapatkan pencerahan berkenaan bagaimana rupa dan fungsi bantal tersebut.

@adamkhalid000

Reply to @panjangg_96 Abu Bakar meletakkan serupa batu bata di bawah kepala Rasulullah SAW saat hendak dimakamkan. #fyp #GengLahad7

♬ original sound – AdamKhalid000 – AdamKhalid000

Zahirah