Siakap Keli
Kredit : TikTok joaquinchirizola_

(Video) Seram, Gara-gara Brek Mengejut, Kepala Lori Hancur ‘Dihentam’ Muatan Menggelongsor

Kepala sebuah lori treler terpisah daripada badan kenderaan apabila dirempuh papan kayu semasa berhenti secara mengejut di lampu isyarat.

Menerusi perkongsian video dari akaun TikTok joaquinchirizola_, treler berwarna merah itu sedang meluncur laju dan brek secara mengejut ketika berhenti di lampu isyarat jalan.

Namun, papan kayu yang dibawa menggelongsor ke hadapan apabila dan merempuh bahagian depan lori sehingga tertanggal daripada badan kenderaan berat tersebut.

Melihat pada perkongsian video tersebut, tiada kenderaan lain yang terlibat semasa kejadian berlaku.

Video yang dikongsikan ini telah menarik perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 7.5 juta.

@joaquinchirizola_

♬ sonido original – Joaquín chirizola

Sumber : TikTok joaquinchirizola_

Fathin Nadzira