Mempunyai kereta bukanlah sekadar memandu semata-mata, banyak hal sebenarnya yang berkaitan kereta yang anda perlu tahu dan ambil berat.
Mana tidaknya, setiap bahagian kereta memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Begitu juga dengan isu tinted cermin kereta.
Jadi sebelum memasang tinted cermin kereta, ketahui terlebih dahulu jenis-jenis tinted cermin kereta. Risau nanti kalau ada yang dah tinted kereta gelap sangat nanti ada yang merana nak bayar saman.
Menerusi satu respon balas daripada direct message yang dikongsikan di akaun Twitter Dr. Aid Fawzal bersama orang awam, beliau ada berkongsikan mengenai tinted kereta yang perlu dilihat dari sudut regulasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terkini.
Ikuti perkongsian Dr Aid Fawzal di bawah ini.
Tak Pandai Sangat Tentang Cermin Kereta? Jurutera Ini Dedah Regulasi Terbaru ‘Tinted’ Kereta

Rakan kita nak tau tentang tinted cermin kereta. Tinted kereta ni kene tengok regulasi JPJ yang terkini. Meh saya bantu..
Ini regulasi yang terbaru, Dec 2019. Selepas beberapa kali pertukaran regulasi, sekarang kita semua dah boleh tinted hitam gelap pada bahagian belakang kereta. Bahagian depan perlu 70% VLT untuk cermin hadapan & 50% untuk cermin sisi. *VLT = Visible Light Transmittance

VLT tu bahasa mudahnya adalah kadar ketelusan cahaya. Lagi rendah peratus, lagi kurang cahaya masuk. Sebagai contoh
- 100% itu tak ada tinted lah. Cahaya boleh masuk terus.
- 70% itu menghalang cahaya masuk sikit (cermin depan).
- 50% itu separuh gelap (cermin sisi).
Pandangan saya, regulasi kali ini sangat mesra rakyat. Ya lah, kita bukan saja-saja nak tinted tu, tapi Malaysia kan panas. Kalau tinted, kurang la sikit rasa teruk matahari masuk.
Saja saya nak beri rakan-rakan yang membaca pening, saya nak tanya.
Tinted ni dia halang cahaya masuk. Tapi macam mana dengan halang cahaya, boleh halang ke panas juga ya?
Ni jawapan daripada rakan kita.
"Heat can be transferred through conduction, convection or radiation." https://t.co/prZxVUbAxK
— Fzpido (@fzpido) January 15, 2022
Ada yang komen & QRT kata soh sambung cerita pasal infrared (IR) & ultraviolet (UV). Tapi takde siapa yang nak ada inisiatif untuk cuba bantu terangkan. Ini lah peluang korang untuk berkongsi ilmu.
Soalan netizen
Sementara itu, ada beberapa soalan berkaitan hal berkenaan dilontarkan netizen. Mari ikuti jawapannya oleh Dr. Aid Fawzal di bawah ini.
Pertukaran minyak gearbox CVT
Tanya pomen tu elok², kenapa kene tukar awal. Kalau jawapan dia munasabah, betul lah tu. Kalau tak, dia cuba 'kencing'. Seeloknya kita ikut garis panduan yang pengeluar kereta dah tetapkan.
Bukan tak boleh nak tukar awal, boleh, elok juga. Tapi membazir.
— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 15, 2022
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber: Twitter Aid Fawzal