Siakap Keli
Gambar via Bernama

Kuarantin Hanya 5 Hari, Ini Tempoh & Info Terbaru KKM Untuk Kontak Rapat Kes COVID-19

Putrajaya, 16 Januari -Tempoh kuarantin terkini untuk kontak rapat kepada kes COVID-19  yang telah melengkapkan dos penggalak adalah 5 hari manakala mereka yang lengkap 2 dos dan tidak divaksinasi adalah 7 hari.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekiranya individu lengkap dos penggalak mempunyai gejala, mereka hanya perlu melakukan ujian saringan RTK-Ag sendiri atau di fasiliti kesihatan, begitu juga dengan mereka yang hanya lengkap 2 dos tanpa dos penggalak dan tidak divaksinasi.

Selain itu, bagi penerima dos penggalak yang tidak bergejala, mereka perlu melakukan ujian RTK-Ag pada hari kelima di bawah pemerhatian petugas kesihatan.

Manakala individu yang lengkap vaksinasi, belum lengkap atau tidak divaksinasi, mereka perlu melakukan ujian RTK-Ag pada hari ketujuh di bawah pengawasan petugas kesihatan.

Bagi pelepasan kuarantin pula, individu penerima dos penggalak dibenarkan keluar pada hari kelima jika RTK-Ag negatif, manakala mereka yang sudah, belum atau tidak divaksinasi dilepaskan pada hari ketujuh jika ujian saringan negatif.

Jelas KKM, tempoh kuarantin baharu bagi kontak rapat kes COVID-19 mengikut status vaksinasi ini berkuat kuasa mulai 16 Januari hari ini.

Tempoh baharu ini juga turut terpakai kepada mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kurantin.

Gambar: KKM

Sumber: KKM

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.