Siakap Keli
Gambar: Wonder of Science

(Video) Ibarat ‘Gergasi Putih’ Ke Udara, Letusan Tonga Dirakam Satelit Dari Angkasa

Susulan letusan gunung berapi yang terjadi di Hunga Tonga-Hunga Haʻapai semalam, fenomena itu berjaya dirakam oleh satelit NOAA Goes West dan Himawari-8 di angkasa.

Menerusi rakaman itu dapat dilihat letusan gunung berapi Tonga yang dipercayai telah menghantar gelombang secara mengejut ke lautan Pasifik Selatan.

Letusan itu menyebabkan kepulan asap besar seakan ‘gergasi putih’ naik ke udara dan ia jelas dirakam dalam rakaman tersebut.

Video-video rakaman dimuat naik menerusi beberapa siaran, antaranya Youtube Space Videos dan Wonder of Science.

Dalam video di bawah, rakaman pemandangan pertama dirakam dari GOES-West manakala rakaman kedua dari lensa satelit Himawari-8.

Menurut Wonder of Science, kedua-duanya rakaman masing-masing dimainkan pada tetapan zoom 100 peratus dan 200 peratus.

Imej rakaman asal telah dipusingkan bagi meletakkan objek letusan di bahagian atas + tengah bingkai (framing), manakala warna bagi imej dari Himawari telah dicerahkan berbanding asal.

Difahamkan, imej rakaman ini ditangkap dengan selang masa 10 minit.

Animasi pada GOES-West mengandungi lapan imej letusan gunung berapi (selama satu jam 20 minit), manakala animasi Himawari-8 mengandungi 15 imej (selama dua jam 30 minit).

 

Sumber: YT Space Videos, Wonder of Science

 

 

Nadhirah