Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Lelaki Jana RM8,000 Seminggu, Ambil Upah ‘Test’ Kesetiaan ‘Girlfriend’ Orang Lain

Seorang lelaki berusia 20 tahun dari Alabam, United State, Xavier Long mendakwa dirinya telah berjaya mengaut keuntungan ribuan dolar seminggu dengan mengambil upah menguji kesetiaan teman wanita orang lain, lapor Oddity Central.

Menurut Xavier, ramai lelaki yang berasa ‘insecure’ dengan teman wanita masing-masing berhubung dengannya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Hasilnya, dia berjaya meraih pendapatan lumayan kira-kira RM8,000 seminggu.

“Saya berjaya mendapatkan jumlah wang yang lumayan, saya tidak mempunyai jumlah yang tepat tapi dengan melakukan ini saya sudah tidak perlu melakukan kerja yang lain,” katanya menerusi akaun TikTok.

Bagaimana ia bermula?

Menurutnya, semua ini bermula apabila pengikut di akaun TikToknya secara rawak menghubungi untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Nasib menyebelahi Xavier apabila ‘test’ pertama yang dilakukan tular di media sosial.

Pada mulanya, Xavier melakukan hal tersebut secara percuma, namun pelanggan-pelangganya mula menawarkan bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Bermula dari itu, perkhidmatan beliau mula bertukar menjadi satu bentuk perniagaan yang lumayan.

“Jika mereka tanya, saya akan jawab RM41. Tapi selalunya saya akan pulangkan semula duit jika teman wanita mereka gagal ‘test’ tersebut.

“Selalunya saya akan buat secara percuma, tapi dengan lambakkan DM’s yang saya terima, kenapa percuma kalau mereka sanggup bayar?” katanya.

Dalam masa sehari, Xavier mampu memperoleh 100 permintaan dan ianya lebih dari RM836. Xavier tidak mempunyai masa untuk terima semua permintaan. Oleh itu, dia hanya akan pilih berdasarkan ‘cerita’ yang paling menarik.

Bagaimana ‘test’ yang dilakukan Xavier boleh berjaya? 

Ianya bukanlah sesuatu yang sukar. Pada awalnya mana-mana lelaki akan memberikannya akaun media sosial teman wanita mereka, kemudian Xavier akan menghubungi mereka melalui mesej privasi (DM).

Seusai itu, Xavier akan berbual dengan gadis-gadis berkenaan, dalam masa sama cuba mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nombor telefon atau akaun Snapchat tanpa pengetahuan teman lelaki masing-masing.

Klimaksnya, jika usaha itu berhasil, maka mereka (teman wanita) itu dikira gagal dalam ujian tersebut kerana dianggap tidak setia disebabkan sanggup memberikan nombor telefon kepada lelaki lain.

Menurut Xavier, sesetengah wanita tidak akan mengalah dan kekal untuk setia, namun terdapat juga wanita yang serta merta menyerahkan nombor telefon mereka.

Selain disebabkan faktor menjana wang sendiri, Xavier menganggap bahawa ‘kerja’ yang dilakukannya ini adalah salah satu cara dia membantu hubungan orang, walaupun segelintir daripada mereka akan tidak bersetuju.

“Saya bantu orang, jadi saya rasa ini adalah sesuatu perkara yang baik. Ini adalah kenapa saya mulakan, bukan hanya kerana wang ringgit semata-mata,” kata Long Xavier.

@iceyxavier

#fyp#loyaltytest

♬ original sound – xavier long

@iceyxavier

#fyp#loyaltytest

♬ original sound – xavier long

@iceyxavier

what yall think? #fyp#loyaltytest

♬ Loyal (feat. Lil Wayne & Tyga) – Chris Brown

Sumber: TikTok Iceyxavier, Oddity Central 

Faiz Mustafa