Siakap Keli
Sumber: Twitter

(Video) Mendebarkan, Rakaman Detik-Detik Letusan Gunung Berapi Tonga Meletus Tular Di Media Sosial

Satu video rakaman menunjukkan detik-detik berlakunya letusan gunung berapi di Tonga tular di media sosial.

Video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter bernama itu telah ditonton lebih 8 ribu kali.

Susulan daripada kejadian itu, Agensi Anadolu (AA) melaporkan tsunami setinggi 1.2 meter direkodkan di bandar Amami, manakala tsunami 1.1 meter di Wilayah Iwate.

Agensi Meteorologi Jepun turut memberi amaran bahawa tsunami setinggi 3 meter mungkin melanda beberapa pulau di barat daya Jepun.

Tambahnya, tsunami kecil kurang daripada 1 meter direkodkan merentasi kawasan luas pantai Pasifik negara tersebut.

Ekoran itu, pihak berkuasa di pulau-pulau barat daya Kagoshima Prefecture dan kawasan pantai timur laut Jepun menggesa agar orang awam untuk menjauhkan diri dari kawasan tepi laut.

Sumber: Bernama

Aireena Marizan