Siakap Keli
Sumber: Twitter

(Video) Merbahayakan, Ini Impak Yang Bakal Terjadi Kepada Seseorang Sekiranya Arus Deras Setinggi Buku Lali Mengalir

Baru-baru ini, dunia telah digemparkan dengan letusan gunung berapi di negara Tonga. Susulan daripada letusan besar itu, banyak negara-negara telah diancam dengan bencana tsunami.

Menurut laman Sciencedevices.com, tsunami merupakan satu gelombang lautan yang besar yang terbentuk akibat bencana alam. Tsunami terjadi apabila berlakunya perubahan dasar laut secara tiba-tiba selepas berlakunya sesuatu gempa bumi.

Bagaimanapun, tidak semua gempa bumi boleh menyebabkan tsunami. Hanya gempa bumi yang cukup kuat dan terletak di kawasan cetek sahaja boleh menggerakkan pergerakan seluruh lapisan air.

Letusan gunung berapi di bawah dasar laut merupakan salah satu punca berlakunya tsunami. Ledakan gunung berapi yang kuat boleh menyebabkan gelombang secara tiba-tiba menggoncang jisim air. Apabila ombak atau gelombang menghampiri kawasan cetek, ketinggian tsunami semakin meningkat tetapi kelajuannya semakin menurun.

Pun begitu, gelombang tsunami kecil tetap mengancam nyawa penduduk walaupun ketinggian ombak yang terjadi hanya mencecah buku lali anda.

Menerusi satu perkongsian video eksperimen di laman Twitter, dapat dilihat bahawa ombak kecil juga boleh mengancam nyawa serta menghanyutkan orang awam.

Lelaki yang menguji kekuatan air itu dilihat turut tidak dapat bertahan hasil impak arus deras yang mengalir.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 800 ribu kali.

Sumber: Twitter, Sciencedevices.com

Aireena Marizan