Siakap Keli
Gambar: Haris Munandar

(Video) Buat Netizen ‘Risau’, Abang Ni ‘Selamba’ Campurkan ‘Essential Oil’ Dalam Larutan Cat

Umum mengetahui cat pada masa kini dilengkapi dengan teknologi cat tanpa bau atau kita kenali sebagai odorless. Pendek kata, hidung kita tidak terkesan dengan bau cat yang kurang enak itu.

Walau bagaimanapun, masih ada yang kurang senang dengan bau cat yang tidak berapa ‘sedap’ lebih-lebih lagi semasa proses pengeringannya sedang berjalan.

Tidak cukup dengan itu, bahkan bau cat yang terlampau kuat juga boleh menyebabkan penghuni rumah berasa mual dan pening.

Tapi percaya atau tidak, ada seorang penghuni ini bertindak kreatif dengan mencampurkan titisan minyak pati wangi (essential oil) ke dalam larutan cat dan hasilnya, cat menjadi lebih wangi!

Oleh itu, ayuh ikuti satu perkongsian tip daripada seorang warga Group Tukang Apa Hari Ini Haris Munandar berkaitan tip mudah mengecat rumah dalam keadaan ‘serba wangi’.

Jom ikuti perkongsian ini.

Buat netizen ‘risau’, abang ni ‘selamba’ campurkan essential oil  dalam larutan cat

Salam semuanya.

Hari ini kita bertukang cat.

Tips bagi owner yang tak suka dengan bau cat, bila rumah tengah berpenghuni, anda boleh guna cara ini.

Di bawah ini adalah video dia menitiskan titisan essential oil ke dalam larutan catnya. Kreatif dan menarik!

Kredit: Haris Munandar
Kredit: Haris Munandar

Apa kata netizen?

Perkongsian Haris ini mengundang pelbagai maklum balas daripada warga TAHi. Rata-rata mereka berasa kagum, malah ada yang terkejut dengan inovasi baharu ini.

Jom lihat komentar-komentar gurauan menarik di bawah ini.

“Seram woi…”

“Sayangnya haha..”

“Pakai bau bunga kemboja la kalau berani….”

Sumber: Haris Munandar melalui FB Tukang Apa Hari Ini

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.