Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Awas, Ribut Petir & Hujan Lebat Landa 9 Negeri Termasuk KL Hingga 7 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 4:30 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di Kedah yang melibatkan Bandar Baharu dan Kulim. Manakala di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, di Negeri Sembilan hanya daerah Seremban sahaja dijangka terlibat. Seluruh kawasan di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka mengalami ribut petir.

Beralih ke negeri Selangor pula, hanya dua kawasan yang terlibat iaitu di daerah Hulu Langat dan Sepang.

Manakala di Sarawak pula, melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pekan dan Julau), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi negeri Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, Tawau, Sandakan. Manakala seluruh WP Labuan juga dijangka akan mengalami ribut petir.

Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: MetMalaysia

Nadhirah