Siakap Keli
Gambar via Kompas

Nampak ‘Simple’ Je, 5 Gambar Ni Dinobat NFT Termahal Di Dunia

Tular baru-baru ini mengenai seorang pelajar dari Fakulti Sains Komputer di Universiti Dian Nuswantoro (UDINUS) yang dikatakan menjual gambar selfie dirinya melalui Non-Fungible Token (NFT) di platform Opensea.io.

NFT sebenarnya sudah bertapak di platform digital sejak tahun 2014. Pada awal 2021 NFT ini dilihat belum menjadi perbincangan umum.

Namun demikian, NFT semakin menular berikutan CEO Twitter iaitu Jack Dorsey telah menjual ciapan pertamanya kepada NFT dengan harga 2.9 juta dollar Amerika Syarikat (AS), memetik laporan kompas.com.

Di Indonesia, Ghozali mungkin antara pemilik produk NFT yang paling mahal di sana. Hal ini berikutan, selepas dia berjaya mengaut keuntungan sehingga 1.5 bilion Rupiah atau kira-kira RM438 ribu hasil jualan swafoto atau selfie miliknya.

Tetapi, tahukah anda selain daripada produk milik Ghozali yang menjadi produk termahal NFT, ternyata ada lagi produk NFT yang lain. Harga produk NFT ini dilihat mencapai jumlah keuntungan bukan setakat jutaan malah trilion.

Ingin ketahui top 5 pembelian NFT yang termahal di dunia? Jom baca perkongsian di bawah.

1.The Merge oleh Pak

Gambar via Kompas.com

Menurut Kompas.com, The Merge adalah jualan NFT yang dipercayai menduduki tangga pertama bagi jualan termahal NFT pada tahun 2021. The Merge ini dijual pada harga $91.8 juta (RM384,412,500).

2. Everydays: The First 5000 Days oleh Beeple

Gambar via Kompas.com

Di tangga kedua jualan termahal NFT adalah Everydays: The First 5000 Days yang dipelopori oleh Beeple.

The First 5,000 Days ini merupakan sebuah imej digital yang dikolajkan. Imej digital ini dicipta oleh Mike Winklemann bermula daripada tahun 2007 hingga 2020.

Tambah laporan, setelah mereka melalui proses lelongan yang panjang, karya ini akhirnya dibeli oleh Vignesh Sundaresan atau dikenali MetaKovan. Karya ini dibeli pada harga $69.3 juta (RM290,263,050).

Jualan ini juga dipercayai jualan termahal NFT yang melibatkan karya seorang artis yang masih hidup. Malah melalui jualan inilah NFT ini dilihat semakin terkenal secara global.

3. Human One oleh Beeple

Gambar via Hypebeast

Jualan ketiga ini juga masih melibatkan karya daripada orang yang sama iaitu Beetle. Karya ini menampilkan seorang angkasawan yang kelihatan seolah-olah selamanya berjalan melalui dunia yang berjerebu.

Apa yang menariknya, karya ini merupakan karya pertama yang menggunakan metaverse. Metaverse merupakan sebuah potret bergerak yang menunjukkan imej manusia. Karya ini dibeli dengan harga $28.9 juta (RM121,062,100).

4. CryptoPunk #752 oleh Larva Labs

Gambar via Kompas.com

Di Tangga yang keempat melibatkan pembelian NFT salah satu avatar digital yang dihasilkan secara unik oleh dua orang pelopor di Kanada. CryptoPunk #752 ini dijual pada harga $11.75 juta (RM49,219,575).

Setakat ini terdapat kira-kira 1,000 CryptoPunk yang dicipta mengikut data sejak Jun 2017. Malah, CryptoPunk #752 ini dipercayai Crypto yang paling jarang ditemui dan merupakan salah satu karya digital yang paling unik.

5. CryptoPunk #3100 oleh Larva Labs

Gambar via Bitcoin News

Di tangga kelima adalah melibatkan CryptoPunk #3100 yang turut dicetus oleh Larva Labs. Karya ini juga berbentuk avatar digital yang dijual pada harga $7.58 juta (RM31,751,8662). Karya ini dijual pada 11 Mac 2021.

Tambah laporan, karya ini pada dahulunya hanya terjual pada harga $76 (RM318.36) sahaja.

Demikianlah lima pembelian termahal NFT di dunia. Pada tahun baharu berkemungkinan NFt akan muncul dan pelbagai digital baru lagi yang akan dibeli pada harga yang mungkin lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelima-lima pembelian NFT di atas.

Sumber: Kompas.com

Nadhirah