Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Jawa, Indonesia pada 8:26 tadi.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 7.9 Selatan dan 105.9 Timur, kira-kira 160 kilometer (km) Barat Daya dari Sukabumi, Indonesia.
Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 78 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 di Jawa,Indonesia pada 8:26 pagi, 17 Januari 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 7.9° Selatan dan 105.9° Timur dengan kedalaman 78 km. 160km Barat Daya dari Sukabumi,Indonesia.#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#METMalaysia pic.twitter.com/OZtRZgTae7
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 17, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia