Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Pemilik Alphard & Vellfire Kena ‘Alert’, Jangan Terlepas Pandang Untuk ‘Check’ Benda Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan kereta keluaran Toyota mesti menggunakan balance shaft. Balance shaft ini ada di kebanyakan kereta-kereta mewah misalnya Alphard, Vellfire, Estima, Harrier dan Camry.

Bagi mereka yang dah biasa pandu kereta, mungkin masalah gegaran ini kelihatan seperti perkara biasa tetapi sebenarnya kalau kita buat tak endah je takut nanti kita yang menyesal.

Oleh itu, seorang abang ‘foreman’ yang menggunakan akaun TikTok @muadzmustafha ada berkongsikan cara bagaimana untuk kita kenali bahawa balance shaft ini dah kena tukar.

Pemilik Alphard & Vellfire Kena ‘Alert’, Jangan Terlepas Pandang Untuk ‘Check’ Benda Ni

Menurut video berkenaan, balance shaft ini sangat penting bagi mengurangkan gegaran di dalam enjin kereta. Kalau tak ada balance shaft ini enjin korang mungkin dah meletup. Mana taknya semakin banyak gegaran semakin mudah untuk enjin itu meletup.

Balance shaft perlu ditukar pada setiap 80,000 hingga ke 100,000 kilometer (km).

Kereta yang mempunyai cubic capacity (CC) besar akan makin mudah untuk enjin kereta dia bergegar.

Macam mana nak tahu balance shaft ada masalah?

1. Semasa letak gear pada P atau N ada gegaran pada enjin.
2. Semasa pemanduan, kedengaran bunyi enjin kasar.

Semoga bermanfaat.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh tonton perkongsian video di bawah.

@muadzmustafha

Kereta idaman bos2 besar😁 #alphard #vellfire #camry #harrier #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Piraten – Ali Affront & Zleyr

Sumber: TikTok @muadzmustafha

Nadhirah