Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Pilu, ‘MUA’ Tetap Make Up Pengantin Walau Di Hari Ayahnya Meninggal Dunia

Hati insan mana yang tak sedih apabila ayah kesayangan telah pergi dijemput Ilahi tanpa disangka-sangka. Hilangnya seorang ayah, ibarat hilanglah separuh kehidupan.

Namun apa yang lebih memeritkan, pemergian ayahnya itu tidak dapat ‘dikenangi’ buat kali terakhir dalam tempoh yang lama, ekoran terikat dengan tugasan hakiki demi sesuap rezeki.

Demikianlah detik pilu yang menyelubungi seorang jurusolek pengantin ketika ayahnya meninggal dunia baru-baru ini.

Wanita tersebut yang menggunakan nama Arrumfl menceritakan, dia sempat mengiringi jasad ayahnya hingga ke liang lahad.

Mungkin itulah detik paling pilu dalam hidupnya apabila melihat insan yang pernah membesarkannya ‘tertidur’ sepi di dalam tanah buat selamanya.

Gambar via Detik

Namun apakan daya, sesuai sahaja pengebumian, dia tidak sempat untuk ‘bertafakur’ lama di tepi pusara ayahnya seperti mana kebiasaannya dibuat oleh insan-insan lain.

Ini kerana dia perlu pulang dan kembali menyambung tugasannya untuk ‘mengurus’ solekan dan kecantikan pelanggannya.

Mungkin niat untuk berkongsi rasa pilu di hati, Arrumfl berlapang hati untuk memuat naik video pilu memaparkan dia bekerja dalam linangan air mata.

Dalam video itu, dia berkata,

“Hidup paling hancur tapi Alhamdulillah boleh diteruskan. Harus tetap kerja walau hari itu ayah meninggal. Level paling hancur tapi harus bertahan..”

Videonya itu telah ditonton lebih 487,000 kali tontonan setakat ini, malah ia meraih pelbagai kata-kata semangat daripada netizen.

@arrumfl

Hidup paling ancur tp alhamdulillah bisa dilewati 💔

♬ suara asli – jasjus dust – jasjus dust

Sumber: Detik

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'