Siakap Keli
Gambar hiasan via Detik Food & Freepik

Calon Menantu Sedih, Disindir Pedas Bakal Mak Mertua Sebab Tak Reti Kupas Mangga

Bertemu dengan bakal ibu mertua adalah hal yang mendebarkan bagi seorang wanita yang akan bergelar isteri. Manakan tidak, setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka, lelaki atau perempuan sama sahaja.

Namun, ada saja ibu mertua yang sporting boleh layan menantu macam anak dia sendiri, malah lebih lagi daripada itu. Tapi, ada juga ibu yang terlalu tegas hinggakan tak pandai kupas mangga pun boleh dijadikan isu yang besar.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang wanita bernama Area Julid di mana dia baru sahaja pergi bertemu calon ibu mertuanya pada 17 Januari lalu, seperti yang dilapor oleh Detik Food. 

“Aku diajak ke rumah teman lelaki untuk berjumpa dengan ibunya. Lalu, ibunya nak makan mangga dan minta tolong aku kupaskannya.

“Aku yang tak pandai kupas mangga, cakap jujur je (tak reti kupas mangga),” jelasnya.

Menurut Detik Food lagi, Area Julid sempat meminta maaf kepada calon ibu mertuanya itu dangan mengatakan hal yang sebenar.

Namun tanpa disangka, ibu teman lelakinya itu menyindir dengan mengeluarkan kata-kata pedas lagj ‘menusuk’ kalbu.

Gambar hiasan via Freepik

“Mesti kau ni ratu kan kat rumah? Yang semua benda mak kau kena sediakan? Takkan kupas mangga pun tak boleh?” sindir ibu teman lelakinya yang buatkan hatinya sedih.

“Ye maaf makcik, saya memang tak diajar. Bukan tak diajar, saya yang taknak belajar kupas mangga,” balasnya.

Curahan hati yang dibuat di laman Twitternya itu mendapat ribuan respon oleh netizen, selain turut meraih lebih 1,900 komentar berbeza.

“Ye makcik, kalau kat rumah macam ratu, takkan kat sini jadi pembantu,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

“Boleh pulak makcik tu suruh tetamu yang kupaskan mangga, kalau dah jadi menantu takpe lah. Tapi ni suruh-suruh anak orang, suruhlah anak sendiri,” tulis seorang lagi warga Twitter.

Sumber: Detik Food

 

 

Faiz Mustafa

Editor: Adnin Razak
" "