Siakap Keli

Penamatan Amaran Hujan Berterusan Di Sabah – MET Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai Penamatan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi berkata, keadaan cuaca di Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat, Sabah akan dijangka bertambah baik.

“Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan pada 1:00pm, 15 Januari 2022 untuk kawasan-kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan,” jelasnya.

Justeru, orang awam boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia, serta boleh menghubungi talian 1-300-22-1638.

 

Sumber: MET Malaysia

Faiz Mustafa