Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Hati-hati, Guna Alat Ni Je, Doktor Dah Boleh ‘Detect’ Orang Tu Tipu Atau Tak Untuk Minta ‘MC’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dunia perkerjaan, pasti kita tidak lari dengan urusan pergi ke klinik atau hospital untuk dapatkan Medical Certification (MC) atau surat cuti sakit. Umumnya ia digunakan untuk memohon cuti sakit.

Ada kes, memang seseorang pekerja itu sangat perlukan MC, sama ada sudah terlalu sakit, tidak larat teruskan kerja dan seumpamanya. Kes begitu, surat MC memang diberikan. Tapi…ada juga kes yang ‘sengaja’ perlukan.

Berkongsi video TikTok milik seorang pengamal perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri (MD VUB Brussels, Belgium), beliau baru-baru ini kongsikan pengalamannya berdepan dengan pesakit-pesakit yang ‘berlakon’ untuk dapatkan MC.

“Sepanjang berkerja di klinik dahulu, memang macam-macam ragam pesakit perlu hadap termasuklah yang jenis suka berlakon simptom untuk nak dapat MC.

“Antara alasan yang common adalah cirit birit. Tapi tahu tak, Dr ada cara untuk kantoikan pesakit dengan mudah,” katanya.

Paling kerap alasan cirit-birit

Menurutnya dalam video tersebut, ada yang datang ke klinik beliau dengan bermacam-macam alasan dan yang paling kerap diberikan adalah cirit-cirit birit. Katanya lagi, ada juga yang datang dengan alasan sakit perut hingga muntah hijau pada malam sebelumnya.

Oleh itu, Dr. Syid berkongsikan rahsia bahawa sebenarnya yang mereka boleh tahu pesakit-pesakit ini menipu soal kesihatannya.

“Bila saya baringkan atas katil Dr untuk buat pemeriksaan, tekan sana sakit, tekan sini sakit.

“Tapi korang tahu tak ada satu jenis pemeriksaan yang mudah untuk kesan sakit, memang tak boleh tipu Dr, nama dia Auscultation,” jelasnya.

Kata Dr. Syid, perut yang mengalami masalah cirit-birit akan memulas dan mengeluarkan bunyik ‘kriuk-kriuk’, jadi dengan menggunakan alat stetoskop, pesakit memang tak boleh nak tipu.

Nak tahu lebih lanjut macam mana Dr. boleh kesan orang yang ‘berlakon’? Jom ikuti penjelasannya dalam video di bawah ini.

@drsyidayob

#fyp #drsyid #health

♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri – Dr Syid Ayob Al Qudri

Sumber: Facebook Dr. Syid

Faiz Mustafa