Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Sebak, Lepas Setahun Terpisah, Suami Datang Buat ‘Surprise’ Kat Isteri Menyamar Jadi ‘Mickey Mouse’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semenjak berlakunya Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai di antara kita yang terjejas dari segi kewangan dan juga terkandas di mana-mana kawasan yang tersekat dengan kawalan.

Namun, setelah banyak pintu sekatan dan kebenaran pulang telah dibenarkan, banyak video yang mnyentuh hati mereka dapat berjumpa semula dengan orang tersayang.

Begitulah seperti yang dialami oleh Aminnul Shafiq apabila dia dikatakan telah melalui tempoh perit terpisah dengan isteri tercinta selama setahun lamanya. Suami manalah yang tak sayangkan isteri, kan?

Namun, apabila sudah tiba masanya untuk bertemu kembali bersama si isteri setelah terpisah sekian lama, dia ada cara tersendiri untuk membuat kejutan kepada wanita itu.

Percaya atau tidak, Aminnul sanggup ‘menyamar’ menjadi individu lain yang berselindung di sebalik maskot watak kartun Disney’s, Mickey Mouse dan berhadapan sendiri dengan isterinya di kedai makan.

Pada awalnya, isterinya tidak dapat mengagak siapakah gerangan si maskot itu. Tapi lama-kelamaan, terserlahlah jua siapa lelaki itu. Sedih juga bila menonton video mereka ini.

Nak tahu apa yang berlaku lebih lanjut? Jom hayati video Aminnul di bawah ini.

@kaidolaani

Reply to @jerungbiru11 okay ni yg terakhir . 😂

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Sumber: Tiktok Aminnul Shafiq

Faiz Mustafa