Siakap Keli

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ‘Buat Gila’, Turunkan Harga Sampai 70%

Gaissss! CNY sales di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang is back! Ha, mesti ramai kaki shopping dah tak senang duduk, terbayang sale gila-gila di butik branded dengan harga runtuh!

Ha, kali ni bukan setakat ada sales besar-besaran tapi bermacam promosi, hadiah dan aktiviti best dah tersedia untuk korang grab sepanjang CNY di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Confirm berbaloi sebab hari biasa tak akan ada tawaran gempak macam ni tau!

Jom, kita checkout apa aktiviti dan promosi yang best ada kat sana sampai kami sendiri pun dah tak sabar nak terjah Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang juga! 

OOTD sakan di Blooming Prosperity Garden!

Fuhhh, memang cantik betul dekorasi bunga-bungaan mekar di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena CNY yang bakal menjelang tak lama lagi. Masuk je kat sini, korang dapat rasakan ala-ala macam di taman bunga indah.

Ada banyak spot cantik boleh bergambar dengan hiasan tanglung menarik. Korang yang nak OOTD ala-ala instafamous wajib datang ambil gambar kat sini okay!

Kredit: Instagram @apple921
Kredit: Instagram @chanwon92

Dah habis posing sakan, korang wajib join banyak lagi aktiviti menarik kat sini. Kalau bertuah, korang boleh bawa balik bermacam baucar, hadiah best dan eksklusif. Semua hadiah ni memang limited gais, special dari Mitsui Outlet Park KLIA Sepang buat korang semua untuk CNY ni je! 

Rebut Peluang Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM88 Ribu!

Rugi sangat kalau korang yang berbelanja sakan kat sini terlepas peluang untuk join ‘Chopstick Fortune Wheel Challenge’. Kenapa kami cakap macam tu? Bayangkan, korang hanya perlu buat task yang mudah je dengan memutar Fortune Wheel untuk menang hadiah. Jika korang bertuah, dapat hadiah-hadiah bernilai sehingga RM88 ribu. Memang gila!

Cara nak join challenge ni adalah korang mesti berbelanja minimum RM300 dalam maksimum DUA (2) resit pada hari yang sama. Kemudian korang perlu submit resit tersebut untuk melayakkan korang menyertai ‘Chopstick Fortune Wheel Challenge’.

Selepas itu, gunakan chopstick yang disediakan untuk memilih buah oren dan jongkong emas dalam tempoh masa yang diberikan. Peserta yang berjaya akan layak untuk memutar Fortune Wheel bagi memenangi hadiah. Selain tu, korang juga boleh berpeluang menang baucar tunai RM100 dan hadiah eksklusif. Senangkan?

Tolong alert gais sebab penyertaan ini hanya dibuka pada tarikh tertentu sahaja seperti di bawah dari jam 12 tengahari sehingga 7 malam. Terhad kepada 300 peserta yang layak sahaja setiap hari, jadi korang kena cepat!

Shopping dan Tebus Red Packet Limited Edition dari MOP KLIA!

Okay, selain daripada boleh menang hadiah, anda boleh juga tebus limited edition Red Packet dari Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Wuhuuu, dapat shopping dengan diskaun banyak dan dapat angpau free, memang syok habis!

Caranya, korang perlu berbelanja minimum RM300 dalam maksimum DUA (2) resit pada hari yang sama. Kemudian tebus Red Packet di Kaunter Maklumat, Dataran Sunshine, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Memang mudah sangat. Selagi stok masih ada, siapa cepat dia dapat!

Promosi Gila CNY, Diskaun Sehingga 70%!

Paling ditunggu ramai! Mesti korang dah tak sabar sangat nak tahu senarai brand yang buat sales di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk CNY kali ni kan? Mana taknya, contoh barang branded dari harga RM1,000 dapat diskaun sampai 70%. Tak ke korang perlu bayar RM300 je? Potongan gila macam ni siapa nak bagi, memang jimat habislah kalau korang berbelanja sekarang sampai 15 Februari nanti!

So, jom kita tengok antara outlet yang buat sale di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Boleh masuk dalam list siap-siap sebelum shopping okay!

Memang banyak, tapi gais korang kena tahu bukan setakat jenama ni je tau yang buat sale. Ada bermacam-macam jenama besar lain lagi yang tengah buat sale mengggila sekarang ini di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang! Jadi, korang kena datang dan tengok sendiri kat sana sebab gerenti korang pun akan rambang mata tengok promosi dan diskaun yang tak masuk akal. 

Jangan lupa checkout website, Facebook dan Instagram Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang promosi terkini. Jom, ajak family dan kawan-kawan kita pergi ramai-ramai dan belanja sakan. Happy shopping gais!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.