Siakap Keli

(Video) Dikepung Polis Sebab Tak Pakai ‘Helmet’, Dua Pemuda Nekad Terjun Sawah ‘Acah’ Jadi Pesawah

Gara-gara takut dikejar oleh pihak polis, dua orang pemuda dilaporkan berpura-pura menjadi pesawah, lapor portal Pikiran Rakyat.

Kejadian yang berlaku di Gorontalo, Indonesia itu menjadi tular di media sosial hari ini.

Menerusi video yang dirakam oleh pihak polis, salah seorang daripada pemuda tersebut dilihat membongkokkan badannya dan seolah-olah sedang mencabut tanaman padi.

Aksinya itu disaksikan oleh beberapa orang polis yang sedang menunggu di tepi jalan sambil menjerit ke arah mereka diiringi hilai tawa.

“Wei..wei itu sawah orang lain punya,” jerit salah seorang pegawai polis.

Bagaimanapun, dua pemuda itu dilihat tidak menghiraukan pihak polis, sebaliknya mereka terus ‘tekun bekerja’.

Melihat keadaan itu, salah seorang anggota polis berseloroh dengan menghitung sampai tiga untuk memberi amaran kepada mereka agar menyerahkan diri mereka.

“Kami akan kira hingga tiga,” kata pegawai polis itu.

Dalam pada itu, menurut portal Gopos ID, dua pemuda itu bertindak sedemikian kerana mereka tidak memakai topi keledar dan takut disaman oleh pihak polis. Tetapi malangnya, rancangan mereka untuk memperdaya pihak polis nampaknya tidak berjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

Sumber: Pikiran Rakyat, Gopos ID

Sofea

There's always another side to every story