Siakap Keli
Gambar: Siti Nor Mohamed

Wanita Kongsi Cara Buat Rak Buku Berpintu ‘Gergasi’, Modal Tak Sampai RM500

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa saja yang tak sukakan rak buku. Lebih-lebih lagi mereka yang gemar membaca sudah tentu mempunyai jumlah buku yang sangat banyak sehinggakan dah tak ada ruang nak letak buku itu dekat mana.

Tetapi untuk memiliki rak buku sendiri bukanlah satu perkara yang mudah. Nak beli rak buku secara siap sudah tentulah mahal. Namun, anda sebenarnya boleh saja menghasilkan rak buku anda sendiri.

Bukan setakat rak buku biasa-biasa yang anda boleh hasilkan, malah ia juga mempunyai pintu untuk ditutup, ditambah pula dengan satu tempat rahsia. Macam itu barulah buku-buku anda tak berhabuk, kan?

Seperti yang dimuat naik oleh seorang warga Group Facebook Tukang Apa Hari ini Siti Nor Mohamed, dia ada berkongsikan hasil rak buku yang dibuat sendiri olehnya. Apa yang menarik rak buku tersebut mempunyai pintu untuk ditutup dan satu tempat rahsia.

Bukan setakat itu sahaja, dengan hanya bermodalkan kos untuk membeli playwood kira-kira RM480 wanita ini dapat menghasilkan dua rak buku bersaiz besar.

Modal Beli ‘Playwood’ Tak Sampai RM500, Dua Rak Buku Besar Dapat Buat

Gambar: Siti Nor Mohamed

RAK BUKU BESAR GEDABAK DENGAN TEMPAT RAHSIA BIKIN HERAN

Amacam tajuk dia… Agak-agak boleh viral dok?

Haa… Inilah hasil kerja Mokcik yang terbaru. Hampir sepurnama nak menyiapkannya. Maklumlah hati jiran perlu dijaga… Haa.. gitu…

Ye la.. Nak menukang ni kenalah pandai ejas waktu, supaya tak mengganggu sekalian alam…

Jadinya, kerja-kerja hanya dibuat pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dan kebanyakan masa, Mokcik menukang dalam rumah je. Apedehal kan. Rumah kita kemas (beras Mokcik tak beli ).

Rak ni saiz dia lebih kurang 2.5′ x 7′..Menggunakan 4 keping playwood 18mm dan 2 keping playwood 9mm. Tapi ada belen sikit lagi…Kos plywood dalam RM480… Dapat 2 rak besor ni… Tapi belum kira kos cat, hinges dan handle pintu..Cat tu boleh tahan mahei dia..

Kerja-kerja memotong playwood jadi mudah dengan jig yang Mokcik buat dulu (tengok post sebelum ni). Sebab rak ni banyak guna saiz potongan yang sama. Jadi  dengan guna jig tu, semua potongan akan sentiasa sama, buat-buat faham je la.

Buat rak ni tak susah mana, cuma sebab saiz dia besar dan buat 2 pula tu. Memang kerja berat la sikit. Jangan lepas ini jadi Mokcik sado la pula. Lari pakcik kau kang.

“Jig yg dibuat dulu utk memudahkan keje2 memotong, cara buat jig ni”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Mokcik tengah memotong, spek lupa nak turunkan…haha”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Hasil potongan”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Pasang braket dulu, supaya tahan beban nanti.”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Dalaman dia. Para-para dia tu removable”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Omputih kata dry-fit dulu”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Pastikan ngam semua, baru kita cantum”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Dah siap pasang rangka dia. Gam dan skru je”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Saja try tutup skru tu dengan dowel”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Rak buku besar gedabak tinggi 7 kaki”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Proses menebuk lubang utk hinges. Pakai jig ni senang. Guna jarak 5mm dr tepi. Tq pd yg ajar ritu dlm group ni gak”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Dah siap buat para-para dia”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Cat yang digunakan. Water based punya”

Gambar: Siti Nor Mohamed

“Inilah tempat rahsia dia yang tak berapa rahsia tu”

Gambar: Siti Nor Mohamed

 Apa kata warganet?

Perkongsian Siti Nor Mohamed ini mengundang pelbagai maklum balas daripada warga group TAHi. Rata-rata berasa kagum dengan perkongsian itu.

“Hebat kak…”

“Boleh buat sendiri, puas hati…”

 

Sumber: Siti Nor Mohamed melalui FB Tukang Apa Hari Ini

Nadhirah