Siakap Keli
Gambar via aarontweets

Baru Tahu Cara Angsa Kunyah, Rupanya Ada Gigi Tambahan Kat Dalam

Kalau sebut tentang angsa mesti anda terbayang bulu angsa yang berwarna putih, leher yang panjang dan memiliki ciri-ciri persamaan yang hampir sama dengan itik.

Angsa sebenarnya tergolong dalam keluarga Anatidae dalam genus Cygnus. Burung angsa ternyata burung akuatik yang paling besar.

Persoalannya, adakah angsa mempunyai gigi? Dan jika angsa mempunyai gigi, pada bahagian manakah gigi itu terletak?

Bagi merungkai persoalan tersebut, mari kita ikuti perkongsian daripada Explorationsquared.com.

Menurut laporan laman Explorationsquared.com, angsa ternyata tidak mempunyai gigi. Tetapi paruh yang dimiliki oleh angsa ternyata mempunyai bahagian tepi yang bergerigi.

Gambar: Explorationsquared

Bahagian tepi yang bergerigi itu mempunyai ciri-ciri persamaan yang ketara dengan gigi kecil.

Tambah laporan, bahagian tepi bergerigi itu mempunyai beberapa kegunaan iaitu untuk memakan alga dan tumbuhan akuatik.

Malah, bahagian tepi bergerigi itu juga digunakan untuk menangkap ikan-ikan kecil, cacing dan juga katak.

Angsa juga dikatakan tidak mempunyai gigi pada lidahnya. Namun demikian, angsa mempunyai bahagian bergerigi pada lidah mereka yang kelihatan seolah-olah seperti gigi.

Gambar: Explorationsquared

Bahagian bergerigi pada lidah angsa ini dapat membantu haiwan tersebut untuk memakan tumbuhan.

Disebabkan itulah angsa boleh menarik keluar tumbuhan daripada tanah dengan menggunakan bahagian lidahnya yang bergerigi.

Jika angsa ingin mencabut rumput daripada tanah, mereka akan menahan rumput tersebut dengan menggunakan paruh, dan kemudiannya mencengkam dengan lidah bergerigi yang terdapat pada angsa itu.

Tambah laporan, lidah angsa yang bergerigi itu juga dikatakan boleh menangkap mangsa yang lebih kecil seperti tikus dan juga serangga.

Walaupun bahagian lidah bergerigi ini kelihatan tidak keras seperti gigi sebenar, tetapi ia masih mampu memberikan kecederaan kepada mangsanya.

Sumber: Explorationsquared.com

Nadhirah