Siakap Keli
Gambar: via Google

Malaysia Negara Ke-10 Harga Minyak Petrol Termurah Di Dunia, Betul Ke?

Kalau cerita tentang harga minyak petrol mungkin ramai rasa macam harga minyak petrol negara kita terlalu mahal. Nak beli seliter pun dah hampir cecah RM3. Jika kita nilai dari segi harga, mungkin kita akan dibebani rasa mahal.

Tetapi tahukah anda sebenarnya kita ini dikira bernasib baik kerana tersenarai dalam carta top 10 harga minyak paling murah di dunia. Berikut merupakan antara 10 buah negara yang memiliki harga petrol paling murah.

1. Venezuela – RM0.14 seliter

2. Iran – RM0.215 seliter

3. Angola – RM1.221

4. Syria – RM1.326 seliter

5. Algeria – RM1.383 seliter

6. Kuwait – RM1.457 seliter

7. Nigeria – RM1.702 seliter

8. Turkmenistan – RM1.798 seliter

9. Kazakhstan – RM1.966 seliter

10. Malaysia – RM2.05 seliter

Manakala, ini pula merupakan senarai harga 10 negara minyak petrol paling mahal.

1. Hong Kong – RM10.98 seliter

2. Belanda – RM9.377 seliter

3. Norway – RM9.13 seliter

4. Finland – RM8.863 seliter

5. Israel – RM8.803 seliter

6. Central African Republic – RM8.702 seliter

7. Denmark – RM8.612 seliter

8. Iceland – RM8.552 seliter

9. Greece – RM8.388 seliter

10. Monaco – RM8.335 seliter

Senarai harga minyak petrol di atas merupakan harga semasa buat masa ini.

Sumber: Timesnownews.com & Global Petrol Prices

Nadhirah