Dah Macam ‘Alarm’ Manual, Ayam Ni Selamba Je Masuk Rumah Dan Berkokok Depan Muka
Pernah tak korang tengok atau dengar ayam berkokok di dalam rumah? Biasanya yang kita lihat, ayam berkokok sama ada di kawasan luar rumah atau di dalam reban sahaja.
Tetapi berbeza pula dengan video yang dikongsi oleh akaun TikTok @_danielysf, seekor ayam serama masuk ke dalam rumah dengan selambanya lalu berkokok di atas sofa.
Dalam perkongsian video itu, warganet juga turut berseloroh selepas melihat gelagat ayam itu. Suara ayam berkokok itu juga dikatakan boleh menggantikan bunyi alarm phone kerana kokokannya yang lebih kuat dan dekat.
@_danielysf Bila alarm hp xfunction 😆😆 #alarm #fyp #fypシ゚viral
Menjengah ke ruangan komen pula, warganet turut meninggalkan komen berunsurkan gurauan selepas menonton video tersebut.
Sumber: TikTok