Siakap Keli

Dakwaan Kesihatan Tun M Tidak Berapa Baik, IJN Akan Keluarkan Kenyataan Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa pengamal media berkumpul di luar Institut Jantung Negara (IJN) di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sedang menerima rawatan di situ.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyaataan media mengenai perkara itu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan.

Pada 8 Jan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang