Siakap Keli
Gambar: via Google

Doktor Di Amerika Dilapor Berjaya Buat Pembedahan Pindah Buah Pinggang Babi Ke Seorang Lelaki

Seorang pesakit yang kematian otak di Amerika Syarikat telah mendapat ‘derma’ buah pinggang daripada babi.

Penerima, Jim Parsons, 57, berasal daripada Huntsville, Alabama merupakan pesakit yang mengalami kematian otak pada bulan September lalu selepas terlibat dalam kemalangan parah ketika berbasikal.

Selepas mendapat keizinan daripada keluarga pesakit, pengkaji di Universiti Alabama, Birmingham melakukan pemindahan buah pinggang tersebut kedalam badan lelaki itu empat hari selepas tragedi tersebut berlaku.

Semasa pembedahan dilakukan buah pinggang pesakit dikeluarkan dan digantikan dengan buah pinggang daripada haiwan tersebut.

Buah pinggang tersebut dapat menapis darah, mengeluarkan air kencing, dan paling penting badan pesakit menerima organ tersebut dengan baik selama lebih tiga hari.

Hal ini kerana, berdasarkan kajian anatomi dan fisiologi jantung babi adalah serupa dengan manusia jadi ia digunakan sebagai model untuk membangunkan rawatan baharu.

Sementara itu, para saintis turut merumuskan ia sebagai satu penemuan baharu yang boleh merintis jalan lebih besar untuk pelbagai organ lain seperti jantung dan paru-paru babi.

Sumber: Daily Mail

Zahirah