Siakap Keli

Ini Senarai Penuh 10 Stesen LRT & 3 Stesen MRT Yang Ditutup Dari 7 Pagi Hingga 3 Petang Ini

Dalam satu kenyataan daripada pihak Rapid KL memaklumkan bahawa penutupan sementara di beberapa stesen perkhidmatan Trasit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan kesemua stesen Monorel mulai hari ini, 22 Januari.

Perkhidmatan tersebut ditutup mulai jam 7 pagi hingga 3 petang atas nasihat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi laman Twitter Rapid KL memaklumkan bahawa tren tidak akan berhenti di laluan LRT Ampang/ Sri Petaling yang melibatkan stesen Pudu, Hang Tuah, Plaza Rakyat, Masjid Jamek, Bandaraya serta Sultan Ismail.

Manakala, bagi laluan LRT Kelana Jaya melibatkan stesen Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi dan Kampung Baru. Laluan MRT Kajang pula melibatkan stesen Pasar Seni, Bukit Bintang serta Merdeka. Seterusnya semua laluan Monorel KL juga akan ditutup.

Pihak Rapid Kl menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan mereka sebelum ia beroperasi seperti biasa.

Summer: RapidKL

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang